BENTONG – Seorang lelaki maut apabila kereta Porsche yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM)55 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak hala Kuantan di sini pada Sabtu.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa berusia 22 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan pada jam 1.52 petang dan seramai lima anggota serta seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama dua jentera terlibat dalam operasi tersebut.
“Terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Porsche yang terbabas dan terdapat seorang lelaki dewasa meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim menerima maklumat kemalangan maut itu melibatkan sebuah kereta yang dinaiki lima lelaki.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu lelaki berusia 22 tahun hilang kawalan dan terbabas ketika menghala ke Behrang 2020.
“Kenderaan terbabit turut terlanggar tiang lampu yang berada di tengah jalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan mengakibatkan seorang penumpang tercampak keluar dari kereta dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Seorang lagi penumpang disahkan meninggal dunia di Hospital Slim River,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Sulizmie Affendy berkata, tiga mangsa lain termasuk pemandu berusia 20 hingga 23 tahun mengalami kecederaan ringan dan telah menerima rawatan lanjut di hospital berkenaan.
“Siasatan mendapati jalan raya dalam keadaan basah selepas hujan selain kawasan kemalangan adalah gelap kerana tidak berlampu.
“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke hospital sama dan bedah siasat akan dilakukan setelah menerima keputusan ujian Covid- 19,” katanya.
Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda tidak lebih RM20,000.
Salam takziah buat seluruh keluarga mangsa.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber Sh