Semasa

Pelajar Dibuli, Badan Ditekap Seterika Panas Pada Waktu Malam, 10 Senior Asrama Akhirnya Menerima Padah

IPOH – Kerana cemburu seorang pelajar tingkatan dua di salah sebuah sekolah menengah di Teluk Intan cedera ditekap seterika panas serta dipukul sekumpulan pelajar senior, khamis lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa dipukul oleh 10 orang pelajar berusia antara 16 hingga 17 tahun di asrama sekolah berkenaan antara pukul 12.30 malam sehingga 1 pagi.

Mior Faridalathrash berkata ke semua suspek terlibat telah ditahan pihak polis pada hari sama laporan dibuat oleh keluarga mangsa.

Katanya kesemua suspek telah ditahan reman selama empat hari bermula semalam sehingga Isnin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis juga ingin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusarab masyarakat serta dibimbangi boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Terdahulu, media hari ini melaporkan seorang wanita mendakwa anak lelakinya cedera akibat didera sekumpulan pelajar senior dalam kejadian di sebuah sekolah di sini.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *