Semasa

Penduduk Flat Buat Perangai ‘Cop Parking’ Letak Pasu Bunga, Kena Sita Pihak Berkuasa

Bagi mereka yang tinggal di perumahan bertingkat, sudah menjadi kebiasaan apabila terdapat segelintir penduduk bersikap mementingkan diri sendiri dengan melakukan cop ruangan tempat meletak kereta.

Terbaru, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyita beberapa barangan menerusi ops sitaan halangan di dua lokasi perumahan pangsapuri kos rendah di sekitar Ampang, Selangor.

Menurut laporan Sinar Harian, barangan seperti pasu bunga, kerusi dan kon itu dipercayai digunakan untuk ‘menanda’ cop parkir bagi meletak kenderaan mereka.

“Operasi diadakan di rumah pangsa kos rendah 420, Bandar Baru Ampang dan rumah pangsa kos rendah Taman Bakti, Taman Cempaka itu berikutan aduan orang ramai,”

“Orang awam boleh mengemukakan sebarang aduan melalui http://aduan.mpaj.gov.my atau saluran nombor WhatsApp 019-266 8100,” kata MPAJ dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Operasi sitaan halangan di tempat awam dan jalan awam itu dilakukan Bahagian Pesuruhjaya Bangunan, Jabatan Penguatkuasa serta Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MPAJ.

Tindakan pihak MPAJ itu menerima reaksi positif dalam kalangan netizen yang berharap agar pihak berkuasa tempatan (PBT) lain dapat bertindak melakukan operasi sama.

“MPAJ terbaik, harap kekalkan dan bagi contoh PBT-PBT di negeri lain juga,” kata pemilik akaun John John.

“Letak papan tanda.. aduan cop parking ambil gambar.. buat laporan dapat sagu hati,” kata seorang lagi netizen, Abd Razak Abdul Mutaleb.

Bila orang lain alih sampah dia dan letak kereta kat situ, dia bagi notis cakap kita pula bodoh sebab ambil parking dia. Ada yang lebih sampah dia pergi simbah cat, calar dan pancit tayar kereta kita.

Yang halang kereta orang buat double park ni tak tau dah nak cakap apa. Dah la tak turun handbrake, tak tinggal nombor telefon sampai menyusahkan orang lain pula. Ini memang betul-betul sampah punya mentaliti.

Ada pula siap berniaga kat tempat letak kereta. Sudahlah parking tu terhad, dia pergi buka bengkel, gerai char kuay teow, kedai burger dan macam-macam lagi.

Bila penguasa datang sita kedai mereka, cakap majlis perbandaran nak jatuhkan perniagaan orang Melayu. Mungkinlah otak mereka tertinggal kat longkang atau jamban.

Yang duduk rumah teres pun ada yang boleh tahan sampahnya. Depan rumah sendiri tak nak parking, dia pergi parking depan rumah orang lain. Dia tak sedar ke hidup dia dah menyusahkan jiran lain?

Kita punya perangai ni, punyalah bangang sampai orang lain yang terpaksa uruskan hal-hal mudah macam ni. Tapi tulah, bila majlis perbandaran buat operasi, sedar lah seminggu dua lepas tu buat balik perangai sama.

Inilah malangnya bila kita ini bukan sahaja suka buat sampah, malah otak juga sampah. Aku tak yakin lagi 50 tahun pun kita akan berubah. Aku tak yakin.

Tapi kalau jumpa lagi kes macam ni, boleh laporkan kepada pihak berkuasa seperti info berikut:

Perbuatan cop (letak kerusi/moto/kon/pasu bunga/ampaian baju, berdiri atas petak parking dan sebagainya) petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SHARE UTK SIMPANAN

INFO:

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.

Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

Untuk aduan, hantar mesej dengan butiran melalui:

1. Emel ke aduantrafik@jpj.gov.my
2. Tel: 03-8886 6412.

Sertakan butir pengadu (+no kp), lokasi, tarikh dan masa, no plat kernderaan, butiran kejadian.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar) , Facebook group B40 Buat Perangai Apa Harini, OMM, buasirotak.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *