Semasa

Pakai Baju Bapa Sebelum AjaI, Meninggal Dunia Motosikal Bertembung Van Sblum Sempat Ambil Kputusan SPM. Salam Takziah Buat Keluarga

Kluang: “Sehari sebelum keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan, arwah berkelakuan pelik mengatakan tidak mahu mengambil slip keputusan dan tak mahu berjumpa guru serta rakannya,” kata Zalina Kasan, 45.

Kelmarin, Nurshafiq Hakim Raif, 18, anak tunggal Zalina terbunuh selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah van di kilometer 40 Jalan Batu Pahat-Mersing di sini, jam 9.30 pagi.

Menurut Zalina, perubahan sikap anaknya itu sangat berbeza dengan keperibadiannya yang sebenarnya suka membantu rakannya.

Katanya, arwah sebelum itu juga sempat membantunya menghantar tempahan kuih-muih di Pejabat Daerah Kluang dan keluar semula selepas itu dengan berpesan supaya jangan melihatnya ‘pergi’ dan meminta Zalina menutup pintu rumah.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kemalangan berlaku

apabila motosikal ditunggangi mangsa dari arah Kluang memasuki laluan bertentangan kerana cuba mengelak lori yang berhenti untuk masuk simpang jalan sebelum bertembung dengan van dari arah Batu Pahat.

“Akibat kemalangan ini, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu van seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *