BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan, Begitulah yang dapat digambarkan mengenai seorang pekerja penghantaran makanan yang terpaksa menunggang motosikal sambil menggendong b4yinya yang berusia setahun ketika keluar mencari rezeki.
TONTON RAKAMAN VIDEO YANG BERKAITAN ADA DI BAWAH SEKALI
Kisah mengenai rider yang dikenali sebagai Amirul itu tular di media sosial selepas dia ditemui oleh seorang penjawat awam, Khairul Fazli, 42, pada Selasa.
Menurut Amirul, si kecil itu akan diberi nasi ketika dibawa keluar bekerja bersamanya dan hanya diberi susu apabila berada di rumah.
Sebelah tangan lagi menutup kepala anaknya daripada terkena panas mentari – KHAIRUL
“Kalau kat rumah je minum susu. Wife baru kerja. Kalau tak, dia tak kerja. Dekat sebulan (bawa bayi kerja). Anak ada tiga orang, seorang mak jaga, yang satu lagi sekolah,” ujar Amirul.
Dalam pada itu, Khairul yang turut mencari rezeki dengan membaiki mesin basuh dan peti ais meluahkan hasrat untuk membantu rider itu mencari rezeki dalam bidang sama.
Hasil perbincangan awal, Amirul dijangka menyertai pasukan Khairul pada Julai ini untuk mendalami ilmu berkaitan baik pulih perkakasan eletrik.
“Saya ada ambil nombor telefon dan berhubung dengannya. InsyaAllah bulan Julai dia akan sertai team saya, dia bersetuju nak belajar baiki mesin basuh. Saya pun dah 11 tahun buat part time baiki mesin basuh.
“Saya faham pengorbanan dia sebagai bapa. Saya sendiri ada lima cahaya mata. Saya tahu ramai yang dah berusaha keras, tapi masih susah. Bukannya mereka tak rajin. Yang penting saya harap semua insan di luar sana tidak cepat berputus asa, kena cari peluang yang ada di sekeliling,” ujar Khairul lagi.
Penangan video tular yang dikongsi Khairul turut membawa kepada pertemuan team personaliti dakwah Ebit Lew bersama Amirul di Masjid Negara pada Rabu.
View this post on Instagram
Menurut Khairul, dia ada berhubung dengan wakil pasukan personaliti dakwah itu sebelum pertemuan diadakan sebentar tadi tanpa kehadiran Ebit.
Jelasnya lagi, wakil Ebit turut menyampaikan sedikit sumbangan buat Amirul dalam pertemuan itu.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : mStar