Pelajar sekolah menengah, Ain Husniza yang pernah tular dalam kalangan netizen selepas mendakwa bekas gurunya membuat gurauan tentang rogol berkongsi keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini.
TONTON RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Menerusi satu ciapan di laman Twitter, remaja berusia 18 tahun itu mengakui berdepan tekanan luar biasa selepas melakukan pendedahan tersebut, namun bersyukur akhirnya memperoleh sebanyak 7A.
“Saya tak boleh gambarkan, betapa tertekannya saya ketika SPM. Bukan sahaja ada orang kata saya tiada berkat dalam pelajaran saya, malah ada juga sentiasa mendoakan saya gagal dalam pelajaran,” tulisnya sebenar tadi.
Berdasarkan keputusan dikongsi, pelajar dari sebuah sekolah swasta di Cheras itu meraih empat A+ bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sejarah, Kesusasteraan Melayu Komunikatif dan Pendidikan Seni Visual.
Manakala tiga A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Sains serta satu gred B bagi Matematik.
Sementara itu, Ain turut meluahkan tekanan sepanjang melalui kes berkenaan yang menuntutnya untuk ulang-alik ke balai polis sehingga nekad membuktikan bahawa dia juga mampu memperoleh keputusan cemerlang.
Minggu lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan permohonan bagi menarik diri mewakili guru yang disaman balas Ain berhubung isu terbabit.
Terdahulu, isu bermula selepas Ain mendedahkan bahawa guru lelaki yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJK) itu bergurau keterlaluan berhubung perbuatan rogol sehingga kedua-dua pihak saling berbalas saman.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
tw// R4P3 JOKES, VERBAL H4R4SSM3NT
this is what i experienced yesterday at school. please help make it safer for us. @maszlee @zunarkartunis @KemPendidikan @adibahnoor #Awareness #Malaysia pic.twitter.com/MSK2rMX6pg
— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ainhsaifulnizam) April 23, 2021
Sumber: Twitter Ain Husniza, Omm