Semasa

Terlalu Ikut Adat, Sampai Lupa Pada Hakikat Kerja Rumah Adalah Tugas Suami

Dulu-dulu masa sehari lepas nikah, Tok Kadi kat sini mmg akan minta pasangan pengantin baru tu datang sendiri utk ambil sijil nikah. Masa mula² sampai, Tok Kadi tu panggil saya dulu, tanpa suami. Dia suruh suami tunggu kat luar. Maka saya pun dgn rasa pelik bin hairan, masuklah ke pejabat Tok Kadi tu. Dah kenapa nak saya masuk seorang diri pulak?

Soalan pertama Tok Kadi tu tanya,

“Apa tugas isteri?”

Saya jawab, “Patuh kpd suami, menyediakan keperluan suami,”

Tok Kadi tu tanya lagi,

“Dalam rumahtangga, siapa yg kena buat kerja rumah?”

Saya dgn naifnya menjawab, “Isteri,”

Tok Kadi tu tanya lagi,

“Siapa yg kena memasak?”

Saya masih jawab, “Isteri,”

Tok Kadi tanya terus,

“Siapa kena basuh kain?”

Dan saya masih jawab, “Isteri,”

Tok Kadi tu tanya lagi,

“Siapa kena jaga anak?”

Dan saya masih jawab, “Isteri,”

Tok Kadi tu tanya, “Kenapa isteri?”

Saya diam kejap cari jawapan. Lepas tu saya jawab, “Sebab dari dulu selalu tengok mak yg buat semua tu,”

Tok Kadi tu geleng kepala. Saya dah salah jawab ke?

Lepas tu Tok Kadi tu suruh saya panggilkan suami saya. Tok Kadi tanya kat suami saya,

“Kalau seorang suami menyidai kain, apa org keliling akan cakap?”

Suami saya jawab, “Isterinya queen kontrol,”

Saya tersenyum gelihati dgn jawapan suami saya.

Tok Kadi tu tanya lagi,

“Sepatutnya siapa yg kena buat semua kerja rumah?”

Suami saya jawab, “Suami,”

Masa ni saya gelak terus sebab ingatkan jawapan dia salah. ?

Bila rumah selerak, org kata isteri yg malas.

Bila anak² selekeh, org kata mak tak pandai jaga anak.

Bila selalu beli makanan kat kedai, orang kata isteri tak pandai masak.

Bila semua suami buat, org kata tak guna ada isteri.

Penat dengar apa org kata. Cuba sedaya upaya supaya orang tak mengata. Sampai lupa apa Allah kata. Itu yg buat kebanyakan isteri memberontak kerana adat yang tak menyebelahi isteri ini. Bukan sebab benci tapi sbb penat kerana ehsannya tak dihargai. Nak lawan, takut berdosa.

Tak buat kerja nanti, takut suami marah. Suami marah, berdosa jugak. Sampai satu masa, buat sesuatu tu sbb kena buat, bukan sbb ehsan lagi. Maka, ikhlas pun hilang. Bila ikhlas hilang, tu yg dah tak pandai cakap elok² kat suami, tak tau nak senyum kat suami, tak tau nak beromantika degan suami. Semuanya dah takde yg manis.

Jadi, bila isteri buat perangai, carilah puncanya. Isteri takkan cakap, sebab dia dah penat. Penat nak ajar imamnya sendiri. Penat nak ajar suami bagaimana nak jaga isteri. Penat nak ajar pemegang kunci pintu syurganya. Cakap kang dikata mengada², terlebih cakap nanti, dosa jugak. Ajar suami nanti, calar pulak ego suami tu. Serba salah. Jadi, kalau tak pandai, pergi masjid, solat jemaah, cari ustaz dan tanya ustaz.

Wahai suami, jgn terlalu ambil kesempatan di atas ehsannya seorang isteri. Samada isteri tu halalkan ehsannya atau tidak, kamu tetap akan ditanya kelak.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: islamituindah.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *