Semasa

Lupuskan Kenderaan Berusia 10 Tahun Keatas Tangani Isu Kesesakan

“Secara logiknya, melupuskan kenderaan lama merupakan amalan yang baik kerana ia dapat mengelakkan pemiliknya daripada berterusan menghabiskan wang untuk membaiki kerosakan.”-pakar

ISU kesesakan jalan raya di ibu kota nampaknya semakin hebat dibincangkan susulan penambahan jumlah kenderaan secara mendadak menjelang pasca Covid-19.

Di samping itu, melupuskan kenderaan lama juga boleh membantu melestarikan alam sekitar kerana ia mengurangkan kadar pelepasan karbon berbanding kereta baharu.

Namun, bagaimana pula melupuskan kenderaan lama mampu menyuraikan masalah kesesakan jalan raya yang dihadapi warga kota?

Ini kerana setiap kenderaan lama yang dilupuskan pasti akan diganti dengan kenderaan baharu oleh pemiliknya.

Bagi mereka yang mempunyai lebih dua buah kenderaan di rumah ia bukan satu masalah kerana mereka masih boleh memandu kenderaan lain yang belum mencapai had usia lupus.

Tapi, bagaimana pula dengan individu yang hanya memiliki sebuah kenderaan di rumah? Sudah pasti mereka akan menggantikannya dengan kenderaan baharu apabila genap usia lupus.

Jika begitulah pelaksanaannya, maka tiada apa yang berbeza. Jumlah kenderaan dipandu di ibu kota tetap sama.

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menilai polisi tersebut kerana ia berada di peringkat cadangan.

Apa yang dibahaskan sekadar untuk mendapatkan gambaran ringkas bagaimana polisi tersebut berfungsi apabila dilaksanakan kelak.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *