Semasa

Seorang Lelaki Mngamuk Langgar Kenderaan JPJ GunaJengkaut, Punca Kejadian Didedahkan..

KENINGAU: Marah akibat disaman, seorang lelaki nekad melanggar pacuan empat roda milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hingga terbalik menggunakan jengkaut yang dipandunya.

TONTON RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Kejadian berlaku ketika sepasukan anggota JPJ dikatakan melakukan operasi secara rondaan di Jalan Kepayan, dekat Kampung Magatang, di sini, menyebabkan kenderaan milik pasukan penguat kuasa itu remuk.

Difahamkan, tiada anggota JPJ yang tercedera, namun kenderaan dilanggar lelaki terbabit rosak teruk.

Backhoe langgar kereta JPJ

As’salamualaikum dan salam sejahtera *YBhg Dato’/Tuan KBK Negeri/Tuan /Puan.*

Makluman awal YBhg Dato’ , Tuan KBK Negeri, kejadian langgar kenderaan jabatan oleh OKS semasa menjalankan operasi secara rondaan di jalan kepayan magatang di kampung Ambual, yang diketuai oleh PPP Ridhwan Radhi,

bersama KPP Mohd Kamal Hafiz dan PP Suhailin Padiman menggunakan kenderaan jabatan bernombor JPJ162, KPP Mohd Kamal hafiz telah mengesyaki sebuah kenderaan jenis ‘backhoe’ mencurigakan dan menahan untuk pemeriksaan,

semasa kenderaan diperiksa mendapati pemandu tidak memiliki lesen memandu kelas F. Secara tiba – tiba pemandu tidak berpuas hati selepas saman dikeluarkan dan telah melanggar kenderaan jabatan.

Pemandu juga mengugut untuk melanggar anggota penguatkuasa JPJ Cawangan Keningau. Semua anggota sempat menyelamatkan diri dan menghubungi pihak PDRM.

Sekarang masih berada di lokasi untuk tindakan lanjut dari pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ). Untuk makluman YBhg Dato’ dan KBK Negeri laporan penuh kronologi kejadian akan menyusul. Sekian terima kasih.

Antara Reaksi Netizen:

“Memang begitulah manusia yg tiada perasaan dan x ada peri kemanusian,bila sudah ada kuasa sudah tiada sopan santun dan budi bahasa. walaupun salah mereka tetap ja salah orang lain” – Manior

“Memusnahkan hrta kerajaan satu kesalahan yg berat..nak marah kat penguatkuasa tu sepatutnya kau lepaskan kat dia la..dia tk rugi apa..bkn harta dia..” – Miss Bundel

“Jpj tu x rugi apa pun. Boleh claim kereta baru pkai duit cukai rakyat. Yang pemandu backhoe tu memang siap kena saman kaw2 lah. Diri sendiri susah, family susah dan akhirnya menangis di dlm penjara kerana xda duit byar denda.” – Halos Salamon

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *