Semasa

Aku Gadis 25 Tahun, Kadang Aku Menangis Kenpa Aku Msih Hidup Lagi, Tak Temui Ajal Je

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan-lahan. Semoga dapat pengajaran Assalam semua pembaca. Saat aku menulis luahan ni,aku dah tak tahu apa yang aku nak buat dalam hidup. Aku tak bahagia langsung.

Kenalkan, aku gadis berumur 25 tahun, aku dah hampir setahun lebih bekerja dalam satu syarikat engineering di ibu kota. Gaji bolehlah lepas sebagai seorang ‘fresh graduate’ lapuk. Tapi sekarang hujung bulan, jadi aku selalu mengais saki baki duit yang ada.

Kalau tak cukup sampai gaji, aku korek tabung. Tapi bukan pasal duit yang aku nak ceritakan. Apa yang aku fikirkan ialah tujuan hidup aku. Sampai sekarang aku tak tahu apa yang aku nak dalam hidup aku.

Kadang2 aku menangis dan pernah jugak aku fikir kenapa aku tak mati je. Kenapa Allah masih biarkan aku hidup dalam dunia ni. Ye, Allah suruh aku jadi khalifah. Tapi, aku tak tahu khalifah apa yang Allah maksudkan.

Dari kecil aku disuruh masuk sekolah, belajar pandai2 biar masuk U. Bila aku berjaya masuk U, belajar pandai2 nanti grad, dan dapat kerja. Sekarang aku dah kerja, jadi aku blur apa yang aku nak buat next. Sebab tu aku tak tahu tujuan hidup aku.

Kawan2 aku ramai dalam proses ke arah berumah tangga, malah ada yang dah kahwin. Tapi bila aku tengok diri aku balik, aku tak ada nak ke arah perkahwinan.

Aku tak pernah berkawan dengan mana2 lelaki selama hidup aku. Aku bukannya jenis pendiam, aku jenis sosial jugak, tapi Ada waktu aku nak sosial, ada waktu i need to be alone.

Yang lawaknya, tak ada langsung lelaki yang minat aku. Cuma aku je yang minat orang. Tapi minat sebagai crush je. Aku pernah je confess kat crush aku, tapi kena reject. Takpalah, aku pun dh tak minat dia.

Aku tak ada komitmen, hutang belajar mahupun loan kereta. Jadi, duit gaji aku cuma nak bg family and mostly habis dengan benda2 yang tak berguna. Tapi aku bukan macam perempuan lain, habis kat baju atau make up.

Duit aku habis kat makanan dan yang balancenya, aku tak tahu. Tahun lepas, aku langsung tak ada simpanan. Tahun ni baru aku start simpan duit.

Aku tertarik tengok orang travel jauh2. Tapi aku tak boleh. Mak aku tak bagi travel sorang2. Nak travel dengan kawan, aku tak ada kawan2 yang kaki travel. Lagipun aku duduk sorang2 kat KL ni, kawan2 aku semua balik ke negeri masing2 bila tamat belajar.

So, aku memang soranglah. Jadi, tak heranlah duit aku mostly habis weekend kat tiket bas sebab balik kampung aku kat Perak. Sebab sekarang, aku tengah str3ss, sunyi duduk sini, memang aku kena balik jumpa mak aku and kucing2 aku.

Hari2 aku kat sini memang sadis. Pergi kerja matahari tak terbit lagi, balik kerja, matahari dah terbenam. Kalau balik rumah awal pun mana ada orang kat rumah.

Aku sekarang pun makan tak selera, tidur tak lena, nasib baik mandi masih basah. Kalau tak, busuk aku nak pergi kerja. Tapi yang peliknya, walaupun aku makan sikit, badan aku naik dengan jayanya.

Sekarang, aku masih lagi cari sebab aku masih hidup. Aku tak nak hidup macam ni. Rasa macam z0mbie. Aku kerja pun tak interact dengan orang, duduk depan komputer 9 jam lebih and co-workers aku pun ramai dah kahwin.

Lunch pun depan komputer sorang2. Nak sambung belajar, mak aku cakap, tak da sapa nak sponsor. Nak kahwin, aku tak da calon, rasa nak balik Perak, duduk dengan mak aku je sampai m4ti, tapi nanti aku kena tahanlah telinga dengan mak cik2 bawang merangkap mak pak sedara aku.

Nak hilangkan bosannya hidup aku, aku tengok drama korea, tengok anime. Aku tak boleh main game sebab kalau start main, aku addicted. Drama korea pun aku dah slow sikit.

Tapi, takkanlah aku nak habiskan masa muda aku semata2 tengok phone je? Layan fb? Layan insta? Lepastu sedih sorang2 bawah selimut cemburu tengok orang lain travel sana sini? Tu yang aku fikirkan sekarang.

Semua orang cakap, usia sekarang ni, tenaga kuat lagi, banyak benda boleh buat. Tapi, aku langsung tak tahu, aku nak buat apa. Tak kanlah aku nak habiskan masa aku sebab kerja then satu masa nanti, aku throwback hidup aku, aku tak achieve apa2.

Sekarang pun aku tak ada masa sebab rumah sedara aku yang aku duduk ni dan office jauh. Satu jam setengah perjalanan. Dulu pernah je sewa kat area office, tapi trauma dengan housemate pengotor. So, masa weekdays aku habis dalam train je.

Kalau ada netizen yang boleh olah apa yang patut aku buat as a wanita mslim yang tak kahwin lagi dan cara nak bahagiakan diri, dipersilakan. Aku tahu, bukan aku sorang je yang lalui masalah ni.

Apa reaksi warganet, ramai yg bagi nasihat dan kongsi pengalaman

Ily Nadrah, Hye dik.. Ok mcm ni akk rasa adik kne try jogging sekerap yg boleh.. Buat permulaan. Mgkin weekend ptg or pagi. Paksa diri adik.. Memula kena pksa dlu then dia akn jd biasa.. Kalo ofis ada gym, gunakan sebaiknya..

Sbb adik kne ada bdn yg sehat dan otak yg aktif dlu baru dpt berpikir dgn lbh baik inshaaAllah.. Jgn malu nk buat.. Kena slumber n tahan.. Haaa..tu je la for the kick start.. Atleast u ada bnda yg sehat boleh dibuat sengsorg selain duk sepi sambil mkn tgk anime.

Luqman, Kau duduk kl ada banyak msjid buat aktiviti kat sana contoh msjid negara. Pi la usha jgn malu2. Klo area shah alam msjid negeri. Ada macam2 kelas kau boleh join. Selain tu hujung minggu g hiking, mandi sungai ke. Yg ni kau join group hiking n camping around malaysia. Dorg ada buat open trip. Meh la join nti leh dpt kawan baru xmo ke hehe

Marith Banati, Kpd Akiko, i was in your state tp sy sgt trtarik dgn persoalan awk, pasal tujuan hidup kita ni as khalifah, tapi tak tahu mcm mne khalifah yg Allah maksudkan.

Basically, the one yg dh buat tugas khalifah dgn sehabis baik itu undeniable is Rasulullah and followed by sahabah. Make a research on what they did during their lifetime then you will know.

A research ye awk bkn bca je, then awk akn jmpa satu jwpn besar yg membenarkan syahid mereka utk membela dan menyebarkan islam ni. Bila awk tahu ap yg dorang buat IAllah awk pon akan tahu maksud khalifah yg sebenarnya.

It was more than charity but it is a responsibility. Saya doakan moga awk diberikan kefahaman dalam agama dan ditunjukkan tempat yg terbaik. Moga jadi the chosen one.You also can kindly pm me. We can be a good friend tho.

Azizah, 1. Travel. Takde kawan travel? Cari. Berlambak group yg buat benda2 gini. Join them. (Tapi buat research dulu hang jgn main terjah je)

2. Go hiking. Berlambak bukit gunung kat malaysia ni. Takde kawan? Buat sama seperti diatas.

3. Go running. Yang ni xde kwn pun xpe. Join je running event kat kl tu tiap2 mggu ada. Sambil2 boleh lah bersosial.

4. Pegi gym. Situ selain sihat blh juga kenal org baru.

Kita kena cari benda utk dibuat dalam hidup. Saya pun ada masa rasa lost, rs hidup takde arah tujuan. Tapi sit back, relax. And start over. Start now. Kau muda lagi. Mana tau dgn join group travel/hiking/running, kau jumpa jodoh.

Jangan malas, Bangkitkan bontot itu dari sofa/katil.

Ah yaa, kalau jenis minat masak2 tu join je la apa2 kelas memasak baking bagai. Boleh jumpa orang baru juga. Hilang bosan.

Sha Zariman, Hai akiko. Kita sebaya. Firstly, kau kena fokus. Fokus dengan hidup kau. Jangan lah terlalu fikir pasal orang lain. Just fokus dengan diri kau sendiri.

Cuba tengok diri kau. Kau seorang yang bekerjaya. Dan kau takde hutang dan takde komitmen yang mengikat kau tiap bulan. So kau bebas berhutang. Apa kata mulai sekarang kau buat aliran kewangan kau. So lepas ni kau tahu mana duit kau pergi.

Manage akaun kau. Buat target tuk simpan duit. Kau masih muda banyak benda kau boleh target dalam hidup. Beli rumah ke. Buat sesuatu yang berguna. Upgrade diri kau jadi permata. Kau sebenarnya murung ni.

Jangan rasa malas untuk hidup kawanku. Kau target untuk gembirakan mak ayah kau. Kau bahagiakan kekaasih dunia akhirat kau ni. Insyaa Allah semuanya dipermudahkan. Banyakkan memberi dalam kehidupan. Pasal jodoh? Tu terpulang lah pada Allah.

Allah dah kata siapa yang berusaha dia akan berjaya. Dari kau terus macam ni. Nanti bila 10 tahun yang akan datang kau mesti rasa rugi. Jadi dari sekarang dah boleh ambik langkah sepatutnya. Aku doakan semoga kau ada cita cita dalam kehidupan. Aminn

Eqbariah Han, Hi Akiko, I pun masa stay in Indonesia, I macam you. Keluar pagi lepas subuh, balik depends on my dept. makan sorang, buat kerja pun sensorang ( i clinical student). kalau weekend mostly duduk dalam bilik tgk drama korea, if ada shift malam, pagi tu tidur puas puas.

Kalau ada kawan ajak jalan, okay je sbb selalu jalan = pergi makan. Kalau takde kawan ajak jln, mmg suka mereput dalam bilik. Jarang keluar. Boleh cakap kalau i tak kat hspital, i dekat bilik lol. Plus i ni introvert sikit, jarang talk to people idk.

I mmg suka alone. So bila mood i macam blurr ke pishang je, i suka pergi mall atau tgk wayang alone. I treat myself. Kekadang mmg rasa takde kawan sbb kawan semua dept lain, sibuk dgn assignment and so on. Pastu family pun duduk jauh. Nak balik tiap minggu pun berfikir tambang flight.

if you mmg nak change your life, first cari dulu benda yang paling you nak ubah. Contoh taknak spend waktu lama dalam train, maybe you should cari tempat dekat dgn office you. Kali ni, cari yg betul2 helok.

Yg selesa dgn u. Sbb if you can save masa, u boleh buat banyak benda lepas balik kerja tu. Kalau nak suruh you balik perak, skrg ni ekonomi not that good, susah sikit dpt kerja. Tapi if dgn cara tu can ubati you, why not? Mntal health pun penting.

Kalau mmg sunyi sangat, cuba buat benda yang you suka. Do it with kawan pejabat you ke, join any ngo activities ke. Anything. Try je. Mcm i, as i stated i suka jalan kat mall, shopping and tgk wayang alone. Mcm healing gitu. Sbb everyday i jumpa org so penat , energy drained.

Oh ye, semua org dalam dunia ni akan lalui that phase mencari cari tujuan hidup. Cepat atau lambat je. Its normal. Jangan fikir sangat. I pun macam you even until now.

Seriously cerita you sama je mcm cerita I. Cuma i takde crush and tak main game. I taknak fikir. I just buat benda yang can make me happy at least for now. Yg penting skrg, you buat benda yg boleh buat you happy, and everything will be fine. Simpan duit and gi travel pun dah boleh buat you happy kan? So do it. Do dm me kalau nak talk. Goodluck

Ain Hana, Pendapat aku lah kan, xpayah lah tetibeh nak join ngo, tu mcm dah big step sangat sebab kau pun mmg xde geng n lonely kat bandar ni kan. Ade aku nampak org cadangkan pegi gym… since kau ckp mkn xbyk mana tp badan naik dgn jayanyaa.

Badan naik sbb stress. Nak plg best join mcm program jom kuurus tu…boleh berkawan2, xpun join zumba2 tu. Buat tu dlu.. nanti dah ada kwn….slow slow kehidupan xboring dan boleh laa buat benda2 baru dalam life tu.

Hani Asri, rilek je.. pegi keja pg.. balik kalo tak jem bleh la sampai kol 7 kdg kol 9 pun ada gak.. dok menyewa sorang2 satu umah sbb malas nak serabut kepala.. balik singgah beli mkn.. kalo rasa malas mkn je kat kedai sorang2.. balik umah lepas settle segala.

Rumah memang ada astro n p1w1.. takde la gila main game just tgk drama, rancangan variety dll .. tv pun pasang haha… hari minggu bila ada citer best pegi tgk movie sorang2.. takde hal pun.. bila time layan novel .. leh habis lam satu hari ja… drama lam 3 hari haha.

Skang bila dah kawen.. somi suh benti.. time dia gi keja leh je layan sorang2 kat umah.. wp jiran mix arab ajak lepak umah dia.. maleh.. lagi best dok umah sorang. leh buat gaya bebas.. rasa nak tido.. tido.. rasa nak layan movie layan.. rasa nak bc novel bc.. tgh hari ready masak utk somi.

Tunggu dia balik mkn sama2.. lepas tu buat hal sendiri hahaha wp dia panggil dok dkt dia… kua3… dok kejap pastu lari dok sofa sebelah.. biar dekat… tp tak rapat.

Sumber – Akiko via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *