Semasa

Kanak² 3 Thun Maut Terjatuh Dari Tingkat 10 Selepas Memanjat Tab Mandi & Keluar Ikut Tingkap

Sentul: Siasatan awal polis mendapati kanak-kanak yang maut terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium di Jalan Dutamas, di sini, memanjat tab mandi di bilik air sebelum keluar dari tingkap tandas.

“Ketika kejadian ibu mangsa berada di ruang tamu dan hanya mereka berdua berada di rumah sebelum kejadian,” katanya kepada media selepas sesi Town Hall berhubung isu online scammer oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) 2, Kepong, di sini, hari ini.

Eng Lai berkata, kanak-kanak terbabit dipercayai masuk ke dalam bilik air dan memanjat tab mandi, naik ke atas tembok, lepas itu keluar ikut tingkap dan terjatuh.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Kita akan merekodkan keterangan ibu mangsa nanti bagi membantu siasatan kerana keadaannya masih belum stabil dan menangis,” katanya.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *