Semasa

“Kau Tau Tak Hukum Agama” Neo Pawang Ukir Penyihir Kazim Elias Tampil, Dedah Kat Mana Dia Pernah Tuntut Ilmu

SEORANG lelaki yang mendakwa dirinya pengamal perubatan tradisional yang mahu dikenali sebagai Neo Pawang menerima kecaman daripada netizen gara-gara berkongsi video dan foto lakaran entiti yang berada di dalam sosok tubuh Datuk Kazim Elias.

Menjelaskan niat dia berkongsi lakaran berkenaan, Neo berkata dia bertindak sedemikian selepas mendapat permintaan daripada pengikut media sosial yang mahu dia membantu menyelesaikan masalah penyakit misteri pendakwah bebas berkenaan.

TONTON RAKAMAN VIDEO YANG BERKAITAN ADA DI BAWAH SEKALI

“Niat saya hanya ingin membantu! Saya terima banyak permintaan daripada orang ramai yang mahu saya mengubati Ustaz Kazim Elias, jadi itu yang membuatkan saya terpanggil untuk membuat lakaran tersebut.

“Kelebihan ini bukan macam kita ambil kelas seni dan sebagainya, ini semua dari Allah SWT. Ini ilham dalam mimpi dan saya sendiri belajar di sebuah pondok di Jawa Timur, Indonesia.

“Tapi dalam ilmu perubatan, kalau orang tak nak berubat tak apa. Kita tak boleh buat apa,” jelasnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Neo turut menjawab komen kritikan dan kecaman netizen yang menuduhnya melakukan perbuatan syirik dengan melukis lakaran tersebut.

Sekadar ingatan untuk pembaca , kita haruslah berhati-hati untuk mendapatkan perkhidmatan pengamal perubatan tradisional kerana dibimbangi ia boleh memesongkan akidah.

KKM, Pakar Kaji Sakit Dideritai Ust Kazim Elias

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohd Kazim menyatakan, tidak salah untuk golongan pendakwah terlibat dengan bidang seni, termasuk berlakon di dalam drama dan filem.

Jelasnya, golongan ustaz, asatizah dan agamawan perlu ‘lawan’ dan masuk ke dunia lakonan jika ingin memahami dan pada masa sama berdakwah, namun ia perlulah bersyarat.

“Kalau kita tak buat, selama-lamanya akan macam itu. Kita kena lawan, kena masuk tetapi kena buat syarat. Begitu jugalah dengan berlakon. Kalau ustaz, asatizah, agamawan tidak buat filem, tidak berlakon dan tidak bercampur dalam filem, selama-lamanya orang akan jadi macam itu.

“Saya terlibat dengan filem, drama dan sitkom, saya tahu keadaan krew. Jadi, bila saya nak berlakon, saya letakkan syarat tertentu seperti pelakon wanita Islam memakai tudung. Maknanya, kita yang meletakkan syarat.

“Saya pernah berlakon cameo dalam satu filem. Ada satu babak dalam van dan ada pelakon perempuan. Bagaimana kita nak dakwah? Saya secara spontan bertanya, ‘Yah, kamu tu bila nak bertudung?’ Dalam situasi itu, saya tetap berdakwah,” jelasnya.

Tambahnya, tiada gunanya jika kita hanya pandai mengutuk dan menghukum, sebaliknya perlu mengambil pendekatan menasihati dan berdakwah.

“Apa yang haram, tetap haram. Jadi, pendakwah yang berlakon ini kena jaga ikhtilat dan hukum. Mereka boleh buat syarat tetapi kalau orang tu tak nak tutup (pakai tudung), kita nak kata apa. Kita tak boleh nak paksa. Hanya ALLAH Taala sahaja yang tahu apa niat dan alasannya,” ujar beliau.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

KREDIT: MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *