Semasa

Rakaman Kemalngan Nahas Motosikal Dirempuh Pemandu Myvi Mabuk, Pasangan Suami lstri Mninggal Dunia Ditempat Kjadian

Satu pasangan suami isteri dilaporkan maut selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh oleh sebuah kereta jenis Perodua Myvi di  Jalan Serkam Pantai, Jasin.

TONTON RAKAMAN VIDEO YANG BERKAITAN ADA DI BAWAH SEKALI

Pemandu lelaki berusia 24 tahun

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar, kejadian itu membabitkan tiga motosikal dan sebuah kenderaan dipandu pemuda berusia 24 tahun.

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mabuk hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Difahamkan, akibat daripada pelanggaran tersebut  motosikal ditunggang lelaki berusia 57 tahun terbakar, manakala sebuah lagi motosikal yang diletakkan dibahu jalan turut dirempuh Perodua Myvi berkenaan.

“Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa berusia 57 tahun cedera ringan di badan.

“Pemandu Perodua Myvi yang juga operator kilang pula cedera ringan di muka,” katanya.

Dalam pada itu, Amran juga memaklumkan mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar ke Hospital Melaka manakala dua jenazah terbabit telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Jasin bagi proses bedah siasat.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“slgi belum ank mnteri vvip kena,so tkkn ada undang2 baru utk pmandu mabuk ni…dh la hukumn pmndu mabuk ringan je…” – Abiimran

“Atas semua melayu, islam satu pun x nak jadikan isu mabuk sebagai antara agenda utama utk tindakan keras dlm undang2. Brp banyak lagi mangsa nak melayang akibat perkara ini.” – MK

“Sblum minum diorang ada pilihan nak drive ke tak..kalau drive dah konpem2 akan membahayakan nyawa org lain dan diri sendiri..jadi memang sepatutnya dihukum gantung” – Ammar

“Cukai dari minuman memabukkan lebih penting dari nyawa manusia. Padahal pemimpin ada kuasa utk hentikan penjualan nya. Namun cukai lebih penting.” – Adham

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber: Harian Metro (Nuraliawati Sabri), kredit foto Twitter @redzuanNewsMPB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *