Semasa

Lelaki yg Gertak Jiran Dgn Parang, Pasang Radio dengn Kuat Sambil Ternak Berpuluh Ayam Itik Akhirnya Terima Padang

Mendapat jiran yang baik merupakan salah satu rezeki yang harus kita syukuri.

Mana tidaknya, mereka merupakan antara orang yang paling dekat dengan kita selain daripada ahli keluarga sendiri.

Namun begitu, ada juga yang kurang bernasib baik dikurniakan jiran yang tidak bermanfaat serta mengganggu ketenteraman jiran-jiran lain sehingga boleh mengundang masalah.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai ZH Malaya.

Ia apabila dia memuat naik perangai jirannya yang sesuka hati membela ayam dan itik di hadapan kawasan perumahan.

Bawa parang rosakan harta awam

Tak hanya itu, dia juga gemar membuka radio sekuat hati sehingga mengganggu kawasan taman perumahan di Lorong Permatang Badak Maju 30, Kuantan.

Lebih menyakitkan hati, ‘jiran dari neraka’ itu juga disyaki menjadi dalang kepada kemusnahan beberapa tong sampah di hadapan rumah penduduk.

Ia selepas melihat video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memperlihatkan dia menghentak tong-tong terbabit menggunakan sebilah parang.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku dalam hari yang sama dan motif individu berkenaan melakukan tindakan kurang cerdik itu tidak dijelaskan dengan lebih lanjut.

Dah beberapa kali kena cekup

Dalam salah satu komen balasan yang dibuat oleh ZH Malaya, dia menyatakan yang jirannya itu sudah beberapa kali keluar masuk penjara.

Namun, dia seakan tidak insaf dan masih lagi melakukan hal serupa sehingga mengancam nyawa penduduk yang lain.

elaki bela ayam itik depan

Menjengah ke ruangan komen posting tersebut, ramai yang menggesa agar laporan polis dibuat kerana tindakan kurang ajar lelaki itu boleh mengundang bahaya kepada jiran tetangga.

Bahayakan anak-anak dan keluarga

elaki bela ayam itik depan

elaki bela ayam itik depan

Ada juga pengguna Facebook memaklumkan yang lelaki berkenaan mempunyai masalah mental dan sudah ditahan namun dibebaskan semula.

Tindakan menularkan kembali video tersebut dibuat untuk menggesa pihak berkuasa lebih peka dengan bahaya individu seperti itu dan wujud satu tindakan tegas untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

elaki bela ayam itik depan

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Facebook ZH Malaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *