Semasa

Mulai 1 Julai, Harga Ayam Dijangka Meningkat Kepada RM15 Sekilogram

Mulai 1 Julai, harga ayam dijangka naik kepada RM15 sekilogram. Harga ayam segar dijangka mampu naik mencapai RM15 sekilogram (kg) paras tertinggi pernah direkodkan mulai Julai ini, selepas skim harga maksimum runcit bahan mentah itu tamat akhir bulan ini.

Peniaga ayam, Hafizul Mohamad, 40, berkata pembekal ayam memaklumkan kos bahan mentah itu kini sedang diteliti semula selepas kerajaan tidak lagi memberikan subsidi kepada penternak mulai Julai nanti.

Mulai 1 Julai, harga ayam dijangka naik kepada RM15 sekilogram

Pada masa ini kerajaan menetapkan harga maksimum runcit ayam bagi Semenanjung Malaysia untuk ayam bulat standard adalah pada RM8.90 sekilogram dan ayam bulat super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) pada RM9.90 sekilogram.

Sebelum ini, dilaporkan penternak berharap kerajaan mengapungkan harga ayam susulan penamatan subsidi kepada mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata berkuat kuasa 1 Julai ini, Putrajaya tidak lagi akan memberikan subsidi kepada penternak ayam.

Dalam pada itu, Hafizul berkata, isu bekalan ayam segar yang berkurangan masih belum selesai sepenuhnya walaupun eksport ayam ke Singapura dilaksanakan sejak awal bulan lalu.

“Saya dan peniaga lain pun tidak tahu kenapa isu bekalan ayam berkurangan masih belum dapat diatasi.

“Contohnya saya buat tempahan sebanyak 450 ekor ayam segar sehari namun hanya dapat 200 ekor sehari. Ia menyebabkan stok ayam segar tidak dapat dibekalkan sepenuhnya kepada pelanggan yang buat pajakan harian terutama peniaga kedai makan dan katering.

“Apabila tanya pada pembekal bila bekalan ayam segar akan pulih, mereka pun tidak dapat beri jawapan pasti dengan memberi alasan kekurangan pekerja di ladang menyebabkan pengeluaran ayam tidak dapat ditingkatkan sehingga terpaksa mencatu bekalan kepada peniaga,” katanya.

Pada 23 Mei lalu, kerajaan dilaporkan mengarahkan eksport sebanyak 3.6 juta ayam sebulan dihentikan bermula 1 Jun ini, sebagai sebahagian daripada lima pendekatan bagi mengatasi isu kekurangan bekalan bahan makanan itu.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

sumber : mhdaily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *