Semasa

Dua Pelajar Pondok Yg Dikhuatiri Lemas Petang Semalam Ditemui Terapung Dalam Berpelukan, SALAM TAKZIAH

Dua pelajar yang sebelum ini dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Machang Limbat dekat Pasir Tumboh, di sini, petang semalam, ditemukan terapung dalam keadaan berpelukan pukul 8.40 pagi, hari ini lapor Bernama sebentar tadi.

KOTA BHARU – Dua pelajar ditemui mati dalam keadaan berpelukan dipercayai akibat lemas di Sungai Gong Dermin, Kubang Kerian, di sini, pada pagi Jumaat.

Mayat Muhammad Zul Hafiz Azman, 18, dan Luqman Hakim Azman,16, ditemui pada jam 8.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, mayat kedua-duanya ditemui kira-kira 20 meter dari tempat mereka turun ke sungai.

“Mayat mereka ditemui dalam keadaan berpelukan,” katanya.

Mnurut laporan media semalam, kegembiraan 10 pelajar lelaki sebuah pondok yang mandi di Sungai Machang, Limbat di sini berakhir tragedi apabila dua daripada mereka dikhuatiri lemas waktu petang.

Mangsa yang dikenali sebagai Mohd. Hafiz,17, dan Mohd. Lokman, 18, disedari hilang oleh rakan mereka, Abid Ataullah, 15, yang hanya melihat rakan-rakannya sedang mandi di tebing sungai berkenaan.

Difaham, jarak pondok pengajian kesemua pelajar-pelajar itu dengan sungai berkenaan terletak kira-kira 200 meter.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, El Tharaff Mohd. Zachariah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.16 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Katanya, sebaik tiba ke lokasi seramai lapan anggota telah melakukan selaman untuk mencari mangsa dan operasi turut dibantu 15 anggota polis.

“Berdasarkan maklumat, kali terakhir kedua-dua mangsa dilihat di dalam sungai kira-kira pukul 6.45 petang.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber Bernama, Kosmo, Media Sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *