Semasa

Lelaki Warga Emas MeninggaI Dnia Tertmbak Diri Sendiri Di Kebun Durian, Snapang MIetup Secara Tak Sengaja

KULIM – Seorang lelaki warga emas maut selepas dipercayai tertembak diri sendiri dalam kejadian di kebun durian miliknya di Kampung Kongsi Dalam, Sungai Kob Karangan dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa berusia 72 tahun ditemui dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri dan berlumuran darah pada tangan kanan oleh seorang penoreh getah berusia 56 tahun.

Mohd. Redzuan berkata, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat sebuah pondok kira-kira 700 meter dari tempat mangsa ditemui terbaring dan polis turut menemui motosikal miliknya di kawasan berkenaan.

“Siasatan di dalam pondok itu menemui selaras senapang patah dan polis turut mengesan cebisan isi mangsa yang terlekat pada dinding.

“Siasatan mendapati senapang patah itu telah meletup secara tidak sengaja yang mana senjata tersebut didaftarkan atas nama mangsa,” ujarnya.

“Takziah buat keluarga mendiang. Jauh juga jarak dia berlari utk cari bantuan. 700 meter dari lokasi kejadian di sebuah pondok.” – Yuzman

“Makan tuan senapang ni memang bahaya n patot dilupuskan dah x bole pindah milik kepada orang lain…apa2 pon takziah kepada keluarga mangsa” – Keyday

“Sebabtu bila simpan Senjata Api….kena kerap servis cuci…..macam kereta dan motor…..kereta dan motor kalau tak servis akan rosak tepi jalan je, Senjata Api boleh menyebabkan kemalangan ngeri…..” – Syakir

“Allahu..tragiknya..jarak dekat kot..cebisan daging ditemui disitu. Mungkin senapang x di jaga,bersihkn dgn baik..sbb dok tengok askar2 diorang ada rutin mingguan” – Raniya

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber Siakap Keli, Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *