JAKARTA – Trend baharu yang tular di media sosial Indonesia dikecam kerana mendorong sebilangan remaja melakukan aksi berbahaya dengan melompat di hadapan lori yang sedang bergerak sehingga mengakibatkan kematian.
TONTON RAKAMAN VIDEO YANG BERKAITAN KEJADIAN ADA DI BAWAH SEKALI
Menurut portal berita Coconuts, beberapa rakaman video memaparkan remaja melakukan aksi berbahaya itu menjadi tular, malah ada antara mereka yang maut dilanggar lori.
Satu kejadian yang berlaku minggu lalu menyaksikan seorang remaja berusia 18 tahun dari Tangerang, wilayah Banten mati selepas melompat di hadapan sebuah lori yang sedang bergerak laju.
Sejurus lori itu berada hampir dengan mereka, ketiga-tiga remaja itu cuba mengelak, namun malang bagi mangsa kerana dia gagal melakukan demikian.
Dia dilaporkan mati di tempat kejadian akibat dirempuh dan digilis lori tersebut.
Pemandu lori dilaporkan ditahan untuk membantu siasatan.
Sementara itu, di Bandung, satu lagi kejadian serupa berlaku, di mana dua remaja lelaki dilihat melompat di hadapan sebuah lori yang sedang bergerak laju di sebatang jalan di bandar tersebut.
Seorang daripada mereka berjaya mengelak daripada dilanggar namun rakannya berusia 14 tahun dilanggar lori tersebut.
Polis berkata, kemalangan itu menyebabkan tempurung kepala mangsa retak selain giginya turut patah. Dia masih dirawat di hospital, kata polis. – Agensi
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
Aksi nekat remaja menghentikan truk di Jl. Otista, Karawaci, Kota Tangerang telah memakan korban, Jumat (3/6/2022) siang.
"Baru kemarin dirazia, udah buat onar lagi. Mereka kumpul 10 orang lebih. 1 meninggal tertabrak kontainer," ujar warga yang mengirim info melalui Whatsapp. pic.twitter.com/tipWrl30sf
— About Tangerang (@AboutTNG) June 3, 2022
Sumber Kosmo