Kita sering diingatkan agar befikir dahulu sebelum membuat sebarang keputusan apatah lagi jika ianya merupakan keputusan yang besar seperti penceraian.
Pun begitu, ada juga yang hanya ikutkan hati untuk bercerai dan akhirnya menyesal dikemudian hari.
TONTON RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna Facebook mendedahkan tentang bekas suaminya yang ‘gila talak’ mencuri perhatian ramai.
“Walaupun sudah ada bini baru muda, lelaki melayu itu tetap nampak jandanya lagi cantik.”
Dek kerana itu, lelaki tersebut tidak dapat ‘move on’ dan bertindak untuk menarik perhatian bekas isterinya semula sehingga wanita ini terpaksa melarang bekas suami untuk berjumpa dengan anak-anak atas faktor keselamatan.
“Antara gangguan bekas suami sejak 2 tahun lepas adalah mengelilingi rumah, memanjat pagar rumah, menjerit-jerit untuk mengaibkan kami sekeluarga.”
Tidak cukup dengan itu, dia juga memaklumkan bahawa dia sudah membuat laporan polis terhadap semua gangguan bekas suami namun tiada tindakan susulan yang diambil oleh pihak polis sehingga kini.
Antara gangguan bekas suami sejak 2 tahun yang lepas sehingga yang terbaru pada 11/6/2022 dan 12/6/2022 adalah:
1) Membunyikan hon bertalu talu di hadapan rumah saya.
2) Menggunakan pembesar suara di hadapan rumah sambil menjerit jerit untuk mengaibkan kami sekeluarga.
3) Mengelilingi rumah, memanjat pagar rumah, di samping menjerit-jerit serta menyanyi sehingga memyebabkan saya, anak-anak serta jiran tetangga ketakutan dengan perbuatan beliau.
4) Menyekat saya semasa terserempak di hadapan KPJ Perdana ketika memandu di jalan raya serta membuli dengan mengambil gambar saya dan merakam video saya tanpa sebab, sehingga saya terpaksa berlindung di IPK Kota Bharu pada tarikh….. (Bukankah perbuatan jahat begini di bawah Akta Pembuli Jalanraya???) hashtag #PDRM #JPJMalaysia
5) Menyebarkan fitnah serta mengaibkan saya dan keluarga, mengganggu serta bergaduh dengan penduduk Kampung…… pada tarikh……
6) Bekas suami membuat Report Polis Palsu pada tarikh…….. yang menyebabkan saya disoalsiasat oleh dua Pegawai Polis dari IPD Pasir Mas yang memperkenalkan diri mereka sebagai “Special Branch (SB) Bukit Aman dari Cawangan IPD Pasir Mas.”
Dengan ini saya memohon siasatan Pihak Polis terhadap gangguan dan fitnah yang saya terima sejak sekian lama ini disiasat di bawah Akta 574 Kanun Keseksaan Fitnah Bagi Tujuan Mendatangkan Aib dan Menjatuhkan Maruah serta Akta Gangguan Terhadap Penjawat Awam.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
TONTON VIDEO DI BAWAH:
Tak Boleh ‘Move On’ Bekas Isteri Makin Lawa, Lelaki Siap Panjat Pagar Rumah pic.twitter.com/oGjcyamKvu
— ViralMalaysia (@HDHKini) June 17, 2022
Sumber Facebook