Sekadar gambar hiasan
Seorang suri rumah di Teluk Intan, Perak ditahan polis kerana dipercayai mendera bayi perempuannya sehingga menyebabkan kematian.
Ujarnya lagi, hasil pemeriksaan awal doktor mendapati terdapat kesan luka di bahagian hidung, dagu, cuping telinga kanan dan luka di belakang telinga kiri serta belakang kepala bayi berusia setahun 11 bulan itu.
Sekadar gambar hiasan
Dalam pada itu, terdapat kesan luka besar pada bahagian lengan kanan, jari kelingking serta ada kesan luka koyakan pada celah jari telunjuk dan pada jari hantu kiri mangsa.
“Selain itu ada kesan gigitan berdekatan bahu lengan kiri, kesan parut sebelah kiri kaki, lebam di bawah lutut kiri.
Juga lebam di belikat kanan, dan ada beberapa lebam di seluruh belakang kanak-kanak berkenaan.
Bedah siasat dilakukan di Bahagian Forensik Hospital Teluk Intan pada 10 Mac lalu mendapati sebab kematian mangsa adalah kecederaan di bahagian dada.”
Walau bagaimanapun, punca si ibu mendera anak kandungnya itu adalah disebabkan tertekan gara-gara anaknya sering menangis dan berasa tidak selesa dengan wanita berkenaan.
Difahamkan, mangsa pernah dijaga oleh pengasuhnya sejak Jun 2020, namun suspek mengambil semula anaknya untuk dijaga pada Jun 2021.
Dalam pada itu, anak ketiga daripada empat adik beradik itu dikatakan sering menangis dan tidak selesa dengan ibunya sehingga menyebabkan dia didera. Suspek Berdepan Hukuman Gantung Sekiranya Bersalah. Berita selanjutnya akan menyusul.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Harian Metro