Nama penyanyi dangdut, Baby Shima atau Nor Ashima Ramli sememangnya tidak pernah sunyi dengan kontroversi. Ada sahaja isu baru yang menjadi perhatian ramai dan membuatkan nama figura itu terus disebut-sebut oleh orang ramai.
TONTON RAKAMAN VIDEO YANG BERKAITAN DI BAWAH SEKALI
Setiap video atau gambar yang dikongsikan oleh penyanyi genit ini ada sahaja yang tidak ‘kena’ di mata warganet. Malah, dia sering menerima banyak mesej berbaur lucah di kalangan pengikutnya di laman Instagram.
Baby Shima Nak Berkawan Dengan Monyet
Terbaru, anak kelahiran Johor Bharu itu berkongsi sebuah video di laman media sosialnya yang memaparkan dirinya bersama beberapa ekor monyet.
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok, kelihatan dia sedang memberi pisang kepada beberapa ekor monyet yang kelaparan.
Apa yang menariknya, kapsyen yang ditulis oleh Baby Shima seolah-olah mahu mengatakan dirinya lebih rela berkawan dengan haiwan tersebut berbanding dengan manusia suka mengata dirinya.
“Baik kawan dengan monyet daripada manusia suka mengata,” tulisnya.
Ingat Saja-Saje Ke Orang Tegur
Walaupun perkongsian video berdurasi tiga puluh tujuh saat itu seolah-olah luahan isi hatinya yang sedang kecewa, namun masih terdapat segelintir netizen meninggalkan komen negatif.
Mereka mengatakan punca kritikan negatif yang diterima oleh penyanyi berusia 30 tahun itu sebenarnya berpunca dari dirinya sendiri kerana berpakaian seksi dan berkongsi aksi ‘ghair4h’.
Jangan lupa, nama kau naik sebab manusia bukannya monyet
Tidak kurang juga ada warganet sempat berseloroh dengan mengatakan penyanyi itu berjaya menempa nama atas sokongan manusia dan bukannya monyet.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
KLICK > VIDEO
Pun begitu, ramai berterima kasih dan memuji tindakan penyanyi itu memberikan makanan kepada haiwan.
Sumber :Omm