Semasa

Berjalan Kaki Selama 11 Bulan, Jemaah Haji Berusia 52 Tahun Selamat Tiba Di Makkah

Baru-baru ini tular di laman TikTok apabila seorang lelaki dari United Kingdom (UK) selamat tiba di Mekah setelah hampir sebelas bulan berjalan kaki untuk menunaikan haji.

TONTON RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Menerusi video yang dikongsikan, lelaki yang dikenali Adam Muhammad itu sebak apabila berjaya menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah pada Ahad lalu sambil menolak sebuah troli.

Difahamkan, lelaki berusia 52 tahun menjadikan troli itu sebagai tempatnya berteduh sepanjang perjalanannya merentasi sembilan buah negara dari UK ke tanah suci.

Malah, di sepanjang perjalannya bagi menunaikan haji pada tahun ini, ramai individu tampil memberikan bantuan kepadanya dengan membantu menolak troli selain membenarkan lelaki itu beristirehat buat seketika.

Kedatangan Adam ke Kota Mekah disambut meriah oleh penduduk di sana selepas berdepan dengan pelbagai dugaan dan rintangan sepanjang hampir sebelas bulan.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet yang rata-ratanya turut sebak melihat kejayaan Adam kerana berjaya menjejakkan kaki ke tanah suci itu.

Didoakan agar urusan Adam Muhammad dipermudahkan dan semoga mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber: Republika, TikTok @kk.8486

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *