Namun situasi yang dilalui seorang kanak-kanak berusia 10 tahun berdepan dengan jenazah bapanya di luar jangka.
Ia disaksikan sendiri oleh pasukan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) yang menguruskan jenazah lelaki berusia 47 tahun.
Pengerusi Eksekutif SPJM, Muhammad Rafieudin Zainal Rasid berkata, beliau dimaklumkan oleh skuadnya bahawa arwah meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan kerana serangan jantung pada Jumaat.
Tambah beliau, arwah yang merupakan pemandu kenderaan e-hailing Grab sepenuh masa dan pernah berkhidmat sebagai pengurus bangunan sebelum menghidap penyakit jantung.
Berdepan hari kematian ibu bapa bagaikan satu mimpi ngeri buat setiap insan yang bergelar anak. Mahu atau tidak, tiada siapa mampu menghalang ketentuan itu.
“Arwah terlibat dalam satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Hospital Ampang pada Khamis malam dan disahkan meninggal dunia setelah hampir tiga jam diberi rawatan di hospital.
“Jenazah telah diuruskan di Forensik Hospital Ampang oleh skuad dan dibantu waris sebelum dibawa ke kampung di Pekan Nanas, Johor untuk dikebumikan,” katanya mengenai jenazah selamat dikebumikan kira-kira 9 pukul pagi Sabtu lalu.
Ustaz Rafie.
Mengenai kisah jenazah yang turut dikongsikan di Facebook SPJM, Ustaz Rafie berkata, anak sulung lelaki arwah berusia 23 tahun yang dipanggil Along menetap di Johor bersama abang arwah.
Seperti mengetahui ajalnya semakin hampir, arwah memberi ‘pesanan’ kepada anak sulungnya supaya membatalkan hasrat untuk ke Kuala Lumpur, pada minggu lalu.
“Along tak payah balik, tunggu kat kampung. Minggu depan ayah balik,” kata Ustaz Rafie yang memetik perbualan arwah bersama anak sulungnya yang bakal melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia di Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : trendingsgt