Kuantan: Lima beranak maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Kuantan-Segamat, di sini.
Mereka yang maut dikenali Muhammad Rosli Ibrahim, 33; Nor Afikah Abdullah Sani, 35; Nur Safwa Irdina Muhammad Rosli, 7, Nur Sofea Rajda Muhammad Rosli, 6 dan seorang bayi yang belum dikenal pasti identiti.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, seramai 13 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini, Pekan dan Taman Tas, di sini bergegas ke lokasi kemalangan.
“Lima mangsa di dalam kereta dikeluarkan anggota menggunakan peralatan menyelamat.
“Kesemua mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
PADANG RENGAS: Jenazah lima beranak yang maut dalam nahas membabitkan kenderaan dinaiki mereka dengan lori berhampiran sebuah stesen minyak di KM36, Jalan Kuantan-Segamat, Kuantan, Pahang, petang semalam selamat dikebumikan malam ini.
Kelima-lima mereka iaitu Muhammad Rosli Ibrahim, 33; isterinya, Nor Afikah Abdullah Sani, 35; serta ketiga-tiga anak mereka iaitu Nur Safwa Irdina Muhammad Rosli, 7, Nur Sofea Rajda Muhammad Rosli, 6 dan bayi lelaki mereka berusia setahun, Muhammad Rizqi Muhammad Rosli dikebumikan dalam satu liang di Perkuburan Islam Kampung Labu Kubong, di sini, kira-kira 10 malam.
Perasaan hiba menyelubungi suasana pekarangan rumah yang didiami ibu kepada Muhammad Rosli, Rokiah Md Noh, 70, itu yang dikunjungi saudara-mara dan rakan taulan bagi menzahirkan penghormatan terakhir.
Lebih memilukan, apabila terdapat waris terdekat jenazah dilihat mendukung jenazah Muhammad Rizqi yang sudah siap dikafan sebelum dibawa turun ke liang lahad menyusuli jenazah ibu bapa serta dua kakaknya yang sudah dibawa turun ke liang.
Terdahulu, lima beranak itu maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler dalam nahas kira-kira jam 3.40 petang semalam ketika kesemua mangsa itu yang menaiki kereta Toyota dalam perjalanan dari arah Muadzam menghala Kuantan.
Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين
Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..
Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber BH