SEREMBAN β Seorang wanita maut selepas terlibat dalam nahas dua buah kenderaan di Jalan Seremban-Kuala Pilah dekat Bukit Putus di sini malam tadi.
Mangsa, Nurfurqan Norazmi, 22, beralamat di Felda Serting Hilir 4, Bandar Seri Jempol meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di badan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.05 malam melibatkan sebuah kereta Perodua Viva dipandu mangsa dan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4X4) jenis Mitsubishi Triton dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun.
Menurut Nanda, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaβafar (HTJ) Seremban bagi pengendalian bedah siasat.
βPemandu kenderaan pacuan empat roda pula dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk menerima rawatan. Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,β katanya.
PERHATIAN: PihakΒ KAMIΒ tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. PihakΒ KAMIΒ juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
π²π΄π¬π‘π€π± β KOSMO! ONLINE