Semasa

Lelaki Dipercayai Kemurungan Terjun Sungai Kelantan Selepas Hantar Anak Ke Sekolah

Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas setelah bertindak terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra tengah hari tadi dipercayai mengalami kemurungan.

Memetik Utusan Malaysia, mangsa yang berusia 46 tahun itu didapati meninggalkan sebuah motosikal jenis Honda Wave sebelum bertindak sedemikian sehingga dikhuatiri lemas.

Difahamkan, mangsa sering mengadu kepada isterinya bahawa dia sering tertekan dan murung, malah kemurungan dialaminya itu adalah sejak lebih setahun yang lalu.

Kata isterinya, sebelum kejadian, mangsa sempat menghantar anak bongsu mereka ke sekolah dengan berpakaian kemas serta memaklumkan akan terus bergerak ke tempat kerja awal pagi tadi.

Hal tersebut diperakui oleh saksi yang berada di sekitar lokasi kejadian, seperti yang dinyatakan Rosdi dalam satu kenyataan.

“Seramai 38 orang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) termasuk polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam di kira-kira 500 meter dari lokasi mula-mula mangsa dilihat terjun.

“SAR ditamatkan pada pukul 5.45 petang tadi ekoran atas faktor keselamatan ekoran cuaca hujan dan operasi akan disambung semula pagi esok,” katanya.

“Nasihat terbaik saya boleh sampaikan, jangan sindir, kecam atau ketawakan mangsa. Depression tak leh padam dengan sebiji pil. Sangat susah untuk lawan penyakit ni. Saya tahu identiti dan jawatan mangsa tapi tetap sorok sebab nak jaga aib dia. Semoga keluarga mangsa diberi ketabahan. Katanya anak mangsa masih kecil.” – Mazlan

“Jgn ambil mudah bab depression..mereka wajib diberi perhatian kerana emosi mereka tgganggu dn kurang stabil..jika dibiarkan mereka bole mmbahayakan nyawa sndiri atau org lain..” – Amara Aishah

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *