Kuala Lumpur: Seorang bekas diplomat yang ditahan bersama anak lelakinya kerana didakwa menanam ganja di Janda Baik, Pahang, dibebaskan semalam.
TONTON RAKAMAN VIDEO YANG BERKAITAN ADA DI BAWAH SEKALI
Ia selepas polis gagal mendapatkan reman kali kedua terhadap bekas diplomat berkenaan daripada Mahkamah Majistret Bentong.
Seorang bekas diplomat yang ditahan kerana disyaki mengusahakan hampir 100 batang pokok ganja di rumahnya di Janda Baik, Pahang pada 21 Mei lalu dibebaskan daripada tahanan polis semalam.
Menurut laporan Harian Metro, ia selepas polis gagal mendapatkan reman kali kedua terhadap bekas diplomat berusia 78 tahun itu daripada Mahkamah Majistret Bentong.
Peguam mewakilinya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pemohonan reman kedua selama tujuh hari itu tidak dibenarkan Majistret Shahrul Ekhsan Hasim.
“Majistret berpuas hati antara lain tiada bukti untuk mengaitkan individu berkenaan dengan apa-apa kesalahan,” katanya.
Bagaimanapun, segelintir netizen tidak berpuas hati mengenai keputusan tersebut dengan membandingkan kes sama dihadapi penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman.
Sebelum ini, penyanyi lagu Mimpi Laila itu ditahan atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Kota Damansara, Petaling Jaya pada Mac lalu.
Meninjau komen berhubung laporan berkenaan di laman Facebook, rata-rata simpati dengan nasib Yasin yang menerima hukuman berbeza daripada bekas diplomat Malaysia berstatus Datuk itu.
Mereka menyifatkan keputusan tersebut tidak adil kerana Yasin kini menjalani kehidupan dalam penjara termasuk berdepan hukuman gantung sampai mati, sedangkan individu terbabit sudah dibebaskan.
Terdahulu, bekas diplomat itu dan anak lelakinya direman sehingga 28 Mei dan disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 6B dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
Sumber: Ohmymedia. Facebook Harian Metro (Zanariah Abd Mutalib)