
Pasir Puteh: Wanita parah selepas ditikam dengan pisau oleh anak lelakinya yang berusia 14 tahun ketika tidur di rumahnya di Bukit Yong, di sini, semalam.
Dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 41 tahun ditikam di dada dan kini dirawat di zon merah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
“Dia dirujuk ke HUSM, susulan kehilangan darah yang banyak,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Nor Yhazid berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa ditikam suspek menggunakan pisau yang diambil dari dapur.
“Suspek dikatakan demam sejak dua hari lalu dan dipantau mangsa. Suspek adalah anak ketiga dan masih belajar di sebuah sekolah menengah di Pasir Puteh.
“Susulan kejadian, suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya yang motif kejadian masih dalam siasatan.
Respon Netizen:
“Untuk sedikit pengetahuan sy ingin kongsikan, kalau sekiranya badan kita tertusuk oleh sesuatu. Cuba untuk tidak menggerakan objek yang tertusuk tu dan jangan sesekali cuba untuk menanggalkan sendiri. Boleh mengakibatkan lebih banyak kehilangan darah dan lebih berisiko untuk menambah kecederaan dalaman.” – Emax
“Please bear in mind kalo ada benda yg tertusuk JANGAN SESEKALI CABUT OBJEK tersebut..kalo dicabut,pendarahan yg banyak boleh berlaku dan boleh bawa kpd kematian..sumpah ngeri baca berita ni..anak umur belasan tahun boleh tikam mak..allahuakbar” – Farahin
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber HM