Benarlah orang kata, bercerai tidaklah bermaksud perlu bermusuhan. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan memandang ke depan dan meneruskan kehidupan yang baharu.
TONTON RAKAMAN VIDEO YANG BERKAITAN ADA DI BAWAH SEKALI
Seperti perkongsian seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Ieda Zulkifli telah menarik perhatian netizen apabila dia bersama anak kecilnya telah hadir ke majlis perkahwinan bekas suaminya.
Bercerita dengan lebih lanjut, Ieda menjelaskan bahawa dia dan bekas suami telah bercerai selepas dia melahirkan anak kedua.
Walaupun begitu, dia sudah redha dengan takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan olehNya. Tambahnya lagi, dia langsung tidak menganggap bekas suaminya itu sebagai musuh sebaliknya mengharapkan kebahagiaan buat insan tersebut.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat dan nasihat buat Ieda:
“ciri2 org yg disayangi Allah… diberi ujian tapi masih boleh berlapang dada… Moga asbab kesabaran ditemukan jodoh yg sntiasa susah senang bersama…” – Amaliza
“tak semua wanita setabah kamu…hebatnya kamu puan..semoga puan dan anak2 sentiasa diberikan kesihatan yg baik.” – Linney
“Hati sendiri kena jaga.. Even tak memusuh pun hati sendiri kena jaga.. Dia adalah bekas tak perlu nak hadiri pun..” – Lia Osman
“Ada anak pun tak menjamin perkahwinan bahagia. Syukur ada anak tapi tak bersyukur mengekalkan kebahagian bersama keluarga. Kesian anak yg dr broken family mcm ni.” – Cynthia
“Kesian aku Tengok anak tu, masih kecil dah yatim Walaupun ayah masih. Kepada pasangan Muda Fikirlah dulu kesan kepada anak-anak bila Mahu bercerai & fikirkanlah kenapa kamu berkahawin jika Akhirnya bercerai. Biarlah Maut yang memisahkan kamu.” – Selipar Putus
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
TONTON VIDEO PENUH DI BAWAH:
Datang kenduri kawin bekas suami, sebaknya tengok 😢 pic.twitter.com/ISM96g1wVb
— Video Viral Malaysia (@ViralPunyaVideo) May 16, 2022
Sumber Ohbulan