Seluruh Selangor tiada ayam esok…Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor (PPANS) mengesahkan tiada pengeluaran ayam dari ladang pada Sabtu.
Pengerusinya, Idrus Zainal Abidin berkata, permasalahan tersebut disebabkan isu bekalan berpunca ayam sakit.
“70 peratus atau libatkan ribuan anak ayam dari reban saya mati disebabkan sakit. Masalah sama turut dihadapi oleh kebanyakan penternak di Selangor.
“Saya tidak pasti penternak-penternak lain. Jika ada pengeluaran pun mungkin dalam kuantiti yang tidak banyak,” katanya kepada Sinar Harian.
“Kami penternak terbeban dengan kos operasi dan hutang di bank. Kami tak dapat nak penuhi kehendak rakyat dengan pelbagai tekanan dan peraturan yang dikenakan ke atas kami.
“Di Selangor kami hadapi kesukaran untuk membina reban ayam, macam-macam syarat dan cukai diletakkan. Harga ayam nak murah tapi apa yang kerajaan buat untuk itu,” soalnya.
Bagaimanapun sumber daripada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) ketika diminta mengulas berhubung dakwaan tiada bekalan ayam pada Sabtu menafikan laporan tersebut.
“Laporan itu tak betul. Peniaga maklumkan ayam di Pasar Borong Selangor ada esok cuma stoknya terhad,” katanya ringkas.
Sementara itu, seorang peniaga ayam, Azmi Zainal, 54, berkata, pihaknya tidak pasti desas-desus tersebut benar atau rekaan semata-mata.
“Peniaga ayam memang hadapi masalah bekalan kebelakangan ini, kalau minta 10 bakul hanya bagi empat bakul diberikan pembekal tapi tidak ke tahap tiada bekalan langsung.
“Saya tidak pasti stok untuk esok ada atau tidak, perkara itu hanya akan diketahui paling awal malam ini selepas pembekal ke ladang untuk mengambil bekalan,” katanya.
Azmi berkata, dia akui sedikit panik dengan berita tersebut namun telah membuat persediaan dengan menyimpan stok jualan untuk Sabtu.
“Ada tiga bakul ayam (setiap bakul 25 ekor ayam) yang disimpan hari ini (Jumaat) untuk dijual jika bekalan betul-betul tidak ada esok.
“Saya akan hadkan bagi setiap pembelian bagi memastikan semua yang buat tempahan dapat bekalan ayam,” katanya.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!