Semasa

Seorang Gadis Trauma Digagalkan Mata Pelajaran Kerana Enggan Layan ‘Ustaz’ Gatal

PENGALAMAN pahit menimpa seorang gadis apabila mendakwa pernah menjadi mangsa gangguan seksual seorang lelaki yang merupakan seorang pensyarah.

Kisah hitamnya berlaku semasa dia sedang mengikuti pengajian diploma di sebuah institusi yang enggan dinyatakan nama dan lokasinya.

TONTON RAKAMAN VIDEO YANG BERKAITAN ADA DI BAWAH SEKALI

Menurut Nor Batrisyia Izzatie, 22, dia bukanlah mangsa pertama yang terpaksa berdepan dengan situasi ‘dikacau’ oleh pensyarah yang dipanggil ustaz kerana mengajar subjek agama ini, sebaliknya ada rakan lain turut berdepan nasib sama.

“Kejadian ni jadi dekat saya masa semester empat. Saya kena ganggu dengan ustaz yang memang mengajar satu subjek saya ambil untuk semester tu.

“Sebenarnya ramai lagi ‘mangsa’ dia sebelum saya kena tapi saya baru tahu. Apa yang saya pernah kena, dia sentuh secara fizikal dan banyak lagi sebelum ni. Cara dia pandang saya pun lain padahal dekat kolej ni pelajar-pelajar boleh dikatakan semua kena pakai baju kurung dan jubah saja.

“Selain tu, dia selalu hantar teks dan call saya tak kena masa. Dia bahasakan dirinya abang dan panggil saya dengan panggilan ‘sayang’ beberapa kali. Kadang-kadang dia telefon saya tanya dekat mana, buat apa dan dah makan ke belum. Ada juga dia tanya tengah shooting ke tu sebab saya ada buat part time berlakon,” dakwanya yang senang disapa Trisya.

Bercerita lanjut kepada mStar, Trisya memberitahu bahawa pensyarah yang dikatakan ‘menggatal’ dengannya ini sudah berumahtangga.

Dia yang mengambil jurusan Pengajian Perniagaan mendakwa keadaan menjadi lebih parah apabila lelaki berkenaan pernah memegang tangannya dengan alasan tidak munasabah.

Kisah dan pengalamannya menjadi mangsa gangguan seksual ini terbongkar semasa dia dan rakan-rakan kolej sedang berniaga bagi melaksanakan tugasan salah satu subjek diambil pada ketika itu.

“Lepas kejadian tu, tiba-tiba saya dapat surat dari pengurusan tertinggi kolej. Dekat surat tu minta saya nyatakan dan buktikan saya tak bersalah sebab tak masuk kelas ustaz berkenaan. Surat tu pun ada nyatakan saya akan gagal subjek tu kalau tak boleh kemukakan bukti.

“Saya terkejutlah bila baca sebab tak pernah ponteng suka hati kelas dia. Kalau tak masuk kelas pun saya bagi surat pengesahan saya sakit yang doktor bagi. Jadi dekat situ saya sedar dia sengaja nak gagalkan saya untuk subjek kelas dia mengajar tu,” kata Trisya.

Demi membela nasib diri, Trisya membawa segala bukti kepada pihak pengurusan berkaitan segala gangguan yang dilakukan oleh lelaki tersebut.

Namun, segala usahanya hanya sia-sia apabila dia dikatakan cuba menjatuhkan kredibiliti dan maruah pensyarah dengan tindakannya itu.

Bertambah malang, jelas Trisya, dia telah digagalkan dan terpaksa mengulangi subjek itu bagi semester seterusnya.

“Saya terpaksa ambil lagi sekali subjek tu. Saya bersyukur sangat bila dapat belajar dengan ustaz lain. Ustaz tu ada puji yang hafazan saya lancar dan dia pelik kenapa saya gagal sebelum ni.

“Selain mama saya tak ada bagitahu orang lain pasal ni. Dia ada cakap nak datang kolej mengenai perkara ni tapi saya tak bagi. Cukuplah lepas saya buat report tu pun, semua lecturer pandang saya semacam.

“Lepas apa yang jadi ni, saya nak beritahu dekat semua wanita di luar sana, jangan takut dan mudah percaya sesiapa pun. Kadang-kadang, songkok pun boleh tutup tanduk. Sepatutnya pihak universiti titik beratkan soal gangguan seksual ni.

Macam mana sekali pun pemakaian seseorang, ia tak menjadi tiket untuk seseorang itu dirogol atau dicabul,” jelas Trisya penuh kesal dengan apa yang berlaku.

Trisya berkata dia tidak membuat sebarang laporan polis selepas kejadian kerana takut dan sedih selepas apa yang berlaku kepadanya yang mana aduan kepada pihak universiti dirasakan tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Tambahnya lagi, segala bukti dan tangkap layar mesej mengenai gangguan yang diterimanya kini telah hilang setelah telefon pintarnya rosak.

Berikutan video yang menjadi tular itu, Trisya menerima banyak komen menyatakan bahawa mereka menimpa nasib sama sepertinya hanya kerana tidak ‘melayan’ ustaz tersebut.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *