Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh, manakala yang lain cedera selepas sebuah bas yang sarat dengan penumpang terjunam ke dalam gaung di barat laut Nepal.
TONTON RAKAMAN VIDEO KEMALANGAN YANG MENYEDIHKAN DI BAWAH SEKALI
Kejadian berlaku di kawasan pedalaman di Mugu, kira-kira jam 12.30 tengah hari waktu tempatan itu dipercayai akibat tayar bahagian hadapan kenderaan terbabit bocor, kata pegawai daerah Rom Bahadur Mahat kepada AFP.
Bas berkenaan dipandu dari Banke ke kawasan Mugu dan dipercayai membawa seramai 45 penumpang yang mahu menyambut perayaan Hindu, Dashain.
“Kemalangan menyebabkan 28 penumpang terbunuh dan pihak kami cuba mengesan mayat. Mereka yang cedera kini di rawat di hospital,” kata Mahat.
Bantuan helikopter terpaksa digunakan untuk membawa pesakit bagi mendapatkan rawatan dan pasukan penyelamat masih meneruskan usaha mencari mangsa yang terselamat di lokasi kejadian.
Mengikut data kerajaan, lebih 2,500 orang terbunuh di hampir 13,000 jalan akibat kemalangan di Nepal pada tahun 2019.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
Sumber BH