Semasa

Sejak Mengandung, lstri Aku Jadi PemaIas. Bila Aku Merungut Dia Merajuk Sehinggalah Dia ‘Pergi’

Bila mengandung, isteri aku jadi malas bergerak, malas masak, malas mengemas, malas semuanyalah. Aku merungut sebab dia terlalu melayan malas tu. Ada satu hari kak ipar aku mengidam nak kerang bakar, terus aku belikan. Tapi sebenarnya dah lama isteri aku mengidam nak aiskrim tapi aku tak beli…

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin siarkan cerita aku. Aku terpanggil untuk ceritakan perasaan aku selepas kehilangan isteri tersayang semasa lahirkan anak sulung kami pada 3/9 baru ini. Aku bukanlah seorang yang rajin membaca apatah lagi menulis tapi kali ini luahan ikhlas dari hati aku seorang suami dan papa yang sunyi.

Isteri aku, namanya Ana, seorang wanita yang biasa – biasa sahaja tapi sangat comel di mata aku. Bertubuh kecil dan sentiasa bersederhana. Tak pernah minta benda – benda mahal dari aku. Dia juga bekerja dan pergi kerja naik public transport.

Kami baru melangsungkan perkahwinan bulan Disember tahun lepas. Kehidupan selepas kahwin kami sangat simple. Isteri aku pandai masak tapi sejak mengandung alahan dia sangat teruk sehinggakan boleh dik4takan apa yang dimakan akan keluar semula.

Itupun aku masih nak merungut, k3jamkan aku? Dia sanggup bersusah dengan aku. Sepanjang perkahwinan kami, kami tidak mempunyai set bilik tidur hanya tidur beralaskan tilam nipis sahaja. Sedikit pun dia tak pernah merungut, sedangkan aku tahu sejak mengandung, dia sering mengadu s4kit belakang dan susah nak bangun ke bilik air.

Teringat masa mula – mula kahwin kami membeli periuk nasi serta barang dapur dengan menaiki motorsikal dalam keadaan dia mengandung, dia lah yang memegang kuali, baldi dan beberapa plastik berisi barang dapur kami yang ringan kerana tak muat nak letak dalam raga motorsikal.

Tapi untuk aiskrim sahaja pun aku tak dapat tunaikan. Isteri aku rasa terkilan sangat pada hari itu kerana permintaan kakak ipar aku untuk makan kerang bakar malam tu juga aku belikan, (abang aku oncall) sedangkan dia yang mengandung hanya minta aiskrim berhari – hari aku tak tunaikan.

Sungguh rasa bersalah dalam diri aku. Jarak perjalanan tempat kerja isteri aku ke public transport (lrt maluri) mengambil masa lebih kurang 15 minit berjalan, dia akan turun di lrt kampung baru (rumah sewa kami) dan berjalan kaki lagi dalam 15 minit.

Bayangkan dalam keadaan sarat mengandung dan kaki bengkak isteri aku masih berjalan sendiri 30 minit ulang alik ke lrt setiap hari. K3jamnya aku sebagai suami membiarkan dia begitu. Hari ini aku kehilangan isteri dan anak aku.

Benar j0doh kami sampai di sini dan tiada rezeki untuk aku membesarkan anak pertama aku. Isteri aku terjatuh ketika berjalan menuju ke tempat kerja ketika cuba mengelak kereta yang tiba – tiba meluru ke arahnya. Mujurlah ramai yang membantu bila melihat dia tumpah d4rah di situ.

Dalam keadaan tersebut dia cuba menghubungi aku beberapa kali tetapi aku sedang bekerja dan telefon aku diletakkan dalam loker. Beberapa kali keluarga mertua juga cuba menghubungi aku sehinggalah adik ipar menghubungi rakan sekerja yang dicari melalui facebook dan maklumkan isteri aku berada di hospitaI.

Dengan kelam kabut aku terus ke hospitaI. Dalam fikiran aku hanya tak sabar untuk menjadi bapa sahaja. Mereka tidak menceritakan hal sebenar kepada aku sehinggalah aku mengetahuinya di hospitaI. Isteri dan anak aku sedang bert4rung nyawa di dalam bilik kec3masan.

Lebih kurang jam 11 pagi kami dimaklumkan anak dan isteri aku tak dapat diselamatkan. Ya Allah berat sungguh ujian ini. Hari ini, banyak sangat perasaan bersalah aku. Aku rindu melihat senyum, tawa, rajuk isteri aku. Tabahnya isteri aku melayari kehidupan dengan aku.

Paling aku terkilan apabila melihat telefon bimbit isteri aku. Rupanya tanpa aku sedar ada sesuatu yang isteri aku inginkan tetapi tidak diluahkan kepada aku. Mungkin sebab seperti biasa dia enggan menyusahkan aku. Beberapa gambar baju mengandung ada dalam simpanan album.

Baru aku sedar sepanjang isteri aku mengandung, tiada satu baju mengandung pun yang aku belikan untuknya. Betullah, perempuan mana tak inginkan untuk pakai baju mengandung, merasai pengalaman mengandung. Pengalaman paling berharga dalam hidupnya.

Bila difikirkn selama ini isteri aku hanya meminjam pakaian kakaknya sahaja. Maafkan abang sayang, abang gagal memahami sayang, gagal menjadi suami yang terbaik untuk sayang, gagal meIindungi sayang. Untuk anak syurga papa, papa sayang kamu sangat.

Maafkan papa kerana gagal meIindungi kamu. Jarang papa habiskan masa berbual dan membelai kamu ketika dalam kandungan mama. Ya Allah sungguh aku rindu mereka.

Untuk para bakal bapa di luar sana, hargailah isteri kita. Luangkan waktu bersama mereka. Tunaikan lah apa yang isteri inginkan (jika boleh) agar tidak menjadi seperti aku.

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber mehbaca.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *