Semasa

Staff Mengamuk, MBSA Ambil Maklumat Kakitangan Bertengkar Dengan Pelanggan

Tak dinafikan, bahawa petugas yang ditempatkan menjaga kaunter pertanyaan sememangnya mencabar.

TONTON RAKAMAN VIDEO YANG BERKAITAN ADA DI BAWAH SEKALI

Mana tidaknya, mereka perlu berdepan dengan ratusan pelanggan yang datang dengan pelbagai perangai berbeza hampir setiap hari.

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memohon maaf berikutan insiden pertengkaran membabitkan seorang kakitangannya dan seorang pelanggan semasa berurusan di kaunter Pejabat MBSA Cawangan Kota Kemuning yang tular pada Selasa.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, siasatan dalaman mendapati kejadian yang dirakam orang awam itu berlaku pada 26 April lalu.

Menurutnya, kejadian berpunca akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

“Salah faham ini telah dapat diselesaikan setelah pelanggan mengambil nombor giliran dan akhirnya meneruskan urusan pembaharuan lesen perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Shahrin berkata, MBSA sedaya berusaha memastikan masalah itu tidak berulang dan berharap penjelasan itu dapat memberi gambaran sebenar terhadap isu video yang tular di media sosial.

“MBSA sentiasa mengalu-alukan sebarang pendapat dan cadangan daripada semua pihak demi meningkatkan lagi mutu dan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh pihak MBSA,” katanya.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, tular rakaman video seorang kakitangan MBSA dan seorang pelanggan bertengkar di kaunter Pejabat MBSA Cawangan Kota Kemuning pada Isnin.

Video durasi satu minit 38 saat itu menunjukkan berlaku provokasi antara kedua-dua individu terbabit namun punca sebenar pertengkaran tidak dapat dipastikan.

Reaksi Netizen

Video terbabit mengundang pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan perkara itu seharusnya diselesaikan secara baik.

Seorang pemilik akaun Twitter menggunakan nama Sab, di dalam komennya meminta supaya netizen tidak membuat sebarang andaian.

“Kita kena tahu punca. Di dalam media sosial ini kita hanya tunjuk (siarkan) apa yang kita mahu sahaja,” katanya.

Menurut mereka, walau sesukar apapun situasi ketika itu, sepatutnya mereka perlu lebih bertenang agar situasi kekal terkawal selain akui bahawa bertugas di bahagian itu sememangnya sangat mencabar emosi.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber: Rdaksi, sinar harian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *