Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah swasta di Kulai, Johor memerlukan rawatan di hospital selepas diserang palpitasi akibat guru pendidikan jasmaninya didakwa mendenda seluruh kelasnya berlari 30 pusingan gelanggang bola tampar sekolah dengan memakai ‘face mask’.
Difahamkan, murid-murid di kelas itu didenda kerana tidak menyiapkan kerja rumah.
Hantaran itu tular dan netizen mengecam guru dan sekolah itu. Selain itu, hantaran tersebut juga mencetuskan perdebatan mengenai hukuman fizikal terhadap pelajar sekolah.
Foto: China Press
Susulan itu, Pengetua sekolah, Ng Fui Choo mengakui guru pendidikan jasmani itu telah melakukan kesilapan dan ibu bapa kanak-kanak perempuan tersebut telah menerima permohonan maaf daripada guru itu selepas mereka datang berjumpa pengurusan sekolah hari ini.
Pihak sekolah juga meminta ibu bapa pelajar tersebut untuk menghantar laporan kesihatan kepada mereka agar keadaan pelajar itu dapat diawasi. Pelajar tersebut juga dibenarkan untuk menggunakan lif sekolah, dan tidak perlu menggunakan tangga untuk ke kelas agar keadaan jantungnya tidak melarat.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Mothership, China Press