Semasa

Kasihan Veteran ATM Jemur Di Tengah Panas, Pegawai Pula Di Bawah Khemah

Tular satu rakaman video memaparkan sekumpulan warga emas dipercayai veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berdiri di tengah panas dalam sebuah acara majlis di Putrajaya, baru-baru ini.

TONTON RAKAMAN VIDEO YANG BERKAITAN ADA DI BAWAH SEKALI

Seorang pengguna laman Twitter, @apanakdikato meluahkan rasa kesal apabila melihat pesara-pesara tentera itu ‘berjemur’ di tengah cuaca terik sambil mendengar ucapan seorang pegawai di bawah khemah.

“Tergamak ya korang buat veteran macam ini, mereka hanya mintak kebajikan yang adil, tapi nak dapat terpaksa pula berjemur tengah panas dan pegawai-pegawai pulak duduk dalam khemah.

“Apa perasaan korang kalau nampak mak ayah korang diperlakukan macam ni?,” dakwanya menerusi muat naik satu ciapan.

Menerusi rakaman berdurasi 32 saat tersebut, kelihatan segelintir pesara tentera yang lengkap memakai pakaian seragam ‘tidak duduk diam’ seolah-olah kurang selesa mungkin kerana dalam keadan kepanasan.

Ciapan berkenaan diulang kicau hampir 5,000 kali dan mendapat 4,726 tanda suka selain pelbagai reaksi netizen yang berkongsi rasa kasihan apabila melihat pesara-pesara tentera terbabit.

Netizen berpendapat bahawa golongan tersebut sudah banyak berjasa terhadap negara, justeru pihak penganjur perlu melayani mereka dengan sebaiknya dan bukan seperti perhimpunan di sekolah.

Malah, segelintir netizen juga menganggap kejadian itu seperti mendiskriminasi kerana terdapat golongan di ‘bawah khemah’ dan ‘luar khemah’ yang selayaknya dimansuhkan.

Terdahulu, media melaporkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kerajaan akan mengumumkan berita baik buat veteran ATM dalam masa terdekat.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Hishammuddin berkata demikian dalam majlis beramah mesra dengan warga veteran ATM pada Sambutan 100 Tahun Persatuan Veteran ATM (PVATM) di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya pada Ahad lalu.

Sumber: Twitter @apanakdikato & @ShazwanZdainal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *