Semasa

‘Kepala Anak Saya Ditendang Seperti Bola’ – Anak Dibuli, Bapa Akan Saman 10 Pelajar, Termasuk Pengetua Dan Guru Disiplin

Seorang bapa berusia 52 tahun mahu mengambil tindakan terhadap sekumpulan pelajar yang menyerang (buli) anaknya di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya, baru-baru ini, termasuk guru yang gagal mengambil tindakan.

Menurut lelaki itu, anak lelakinya berusia 16 tahun diserang sekumpulan pelajar terbabit pada jam 9.40 pagi, 11 Mei di padang sekolah. Mangsa terdahulu dimaklumkan ada pelajar yang mahu bertemu dengannya di lokasi dan apabila datang ke lokasi, dia dikelilingi 10 pelajar lain.

Mangsa dimaki dan ditengking serta ditolak salah seorang suspek sebelum ditumbuk di bahagian muka. Mangsa cuba mempertahankan diri tetapi terjatuh.

Malangnya, pada Julai 2020, pihak sekolah memaklumkan pelajar terbabit tidak lagi datang ke sekolah. Alasan yang diberikan itu mengundang rasa kecewa bapa mangsa.

“Anak saya seorang yang pendiam dan sukar untuk menceritakan masalah dihadapinya selain takut dengan ugutan pelajar yang membuli serta mengarahkannya tidak membuka mulut.

“Pihak sekolah tidak mengambil tindakan sewajarnya ke atas kejadian buli yang berlaku sehingga kejadian itu kerap berulang.

Kejadian buli ini bukan saja berlaku kepada anak saya, malah beberapa pelajar lain dan pelajar yang suka membuli ini didalangi kira-kira 10 orang yang diketuai beberapa pelajar senior.

“Kumpulan ini dipercayai merekrut pelajar junior untuk menyertai mereka, sebab itu kejadian ini berlarutan hingga anak saya yang kini berada di Tingkatan Empat masih dibuli oleh kumpulan sama,” ujarnya.

Bapa mangsa akan memfailkan saman terhadap sekumpulan pembuli terbabit, termasuk pengetua sekolah dan guru disiplin kerana cuai dan tidak menjalankan tugas mengikut prosedur Kementerian Pendidikan.

Dia juga sedang meneliti beberapa langkah yang akan diambil dan tidak lagi berhasrat menghantar anaknya ke sekolah itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakrudin Abdul Hamid, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Pihaknya telah mengambil keterangan dari mangsa dan beberapa saksi termasuk guru. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: TheReporter, Harian Metro, Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *