Semasa

Muka Budak Lelaki Yang Ajak Baby Shima ‘Check ln’ Akhirnya Didedahkan, Rupanya Masih Bersekolah

Bukan kali pertama menerima mesej berbaur Iucah di Instagram, nampaknya penyanyi Baby Shima terus dihujani dengan gangguan seksvaI di platform tersebut.

Baru-baru ini, perkongsian Shima menjadi perhatian ramai apabila memuat naik mesej diterima daripada seorang individu yang mahu melakukan perkara tidak senonoh dengan penyanyi tersebut.

Melihatkan mesej yang dihantar oleh lelaki tersebut dipercayai pelajar sekolah agak melampau, Shima akhirnya mendedahkan foto individu berkenaan kepada umum.

Turut menyertakan nama akaun lelaki berkenaan, Shima turut meminta bantuan orang ramai untuk ‘uruskan’ individu itu.

Perkongsian Shima itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang terkejut dengan tindakan berani individu berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang bersetuju dengan tindakan Shima menularkan individu berkenaan dalam masa sama memberi pengajaran.

Dalam pada itu, ada yang mendakwa tindakan lelaki itu yang dipercayai berasal dari Johor memalukan nama negeri itu.

Tak pasal-pasal dah famous, harap dapat dijadikan pengajaran buat semua orang.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *