Sudah menjadi lumrah bagi setiap pasangan suami isteri ingin mengecapi kebahagiaan dalam rumah tangga yang dibina bersama.
Namun tidak semua orang bernasib baik apabila terdapat sebahagian daripada kita menjadi mangsa kepada penderaan rumah tangga oleh pasangan sehinggakan ada yang memohon penceraian disebabkan tidak sanggup bertahan.
Ini termasuklah yang dilalui oleh wanita ini apabila ciapan yang dimuat naik olehnya mendapat perhatian warganet.
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai @Nabilahishmah, dia memberitahu dirinya pernah berkongsi mengenai kes didera oleh bekas suami, tetapi sudah dipadam semula.
Pun begitu, sebaik sahaja dia memadam perkongsian tersebut, dirinya diperlakukan dengan lebih teruk oleh pasangannya itu.
“Aku prnh post bnda ni tp malangnya lps aku delete, dia buat lagi teruk. 17/12/21 aku report polis and few days tu atas desakan org skliling aku tarik report.
Then 3/1/22 exhusband aku gigit lengan aku sbb aku nak bwak anak kluar dri rmh my parents sbb aku nak tenangkan..”
Menurut wanita itu, dia juga pernah membuat laporan polis pada tarikh 17 Disember 2021.
Namun beberapa hari selepas itu dirinya menarik semula kes tersebut atas desakan orang sekeliling dan bukannya dengan kerelaan hati.
Malangnya, pada 3 Januari 2022, bekas suami itu menggigit lengannya gara-gara wanita berkenaan mahu membawa anak keluar dari rumah keluarga kerana mahu menenangkan diri di hotel.
Tidak tahan diri menjadi mangsa penderaan, wanita ini mengemukakan semula kes tersebut kepada pihak polis dengan semua bukti yang ada pada dirinya.
Tegas wanita yang dikenali Bella itu, dia mengatakan sekiranya seseorang itu bekerja kerajaan, ini tidak bermaksud mereka boleh mendera anak orang sehingga menyebabkan traume.
Ini kerana undang-undang sebenarnya digunakanpakai untuk semua orang.
Pada masa yang sama, wanita itu berharap agar perempuan yang telah merosakkan rumah tangga akan dikenakan balas oleh Allah S.W.T. kelak.
Di samping itu, Belle turut memuat naik sebuah video yang memaparkan ‘bekas’ suaminya itu bersembang kasar dengan bayi mereka yang pada ketika itu baru sahaja berusia dua bulan.
“Mummy kau pun aku pijak, apa lagi kau?”katanya.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi timbul dan mereka mengecam tindakan lelaki tersebut.
Selain itu, kebanyakan mereka menyokong tindakan wanita itu untuk menuntut pembelaan setelah diperlakukan oleh sebegitu oleh bekas suaminya.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Twitter @Nabilahishmah