Seorang ibu mahu mengambil tindakan terhadap sekumpulan pelajar yang menyerang (buli) anaknya di sebuah sekolah MRSM di Kuala Kubu Bharu.
Menurut wanuta itu, anak lelakinya berusia 15 tahun diserang sekumpulan pelajar terbabit pada jam 1 pagi, 16 Mei di dorm sekolah.
Mangsa bersama 9 pelajar lain terdahulu dimaklumkan ada pelajar yang mahu bertemu dengannya di lokasi dan apabila datang ke lokasi, dia dikelilingi pelajar senior lain.
Bismillah…
Tak tahu la nak mulakan macam mana. Sebelum ni baca kisah buli2 di media2 sosial je. Alhamdulillah sekarang ni Allah uji kami sekeluarga pula…Allahu Musta’an.
Kronologynya
19Mei2022
Dalam jam 6.30pagi dapat whatsapp dari seorang parents yang anaknya pon satu Maktab dengan Rusyaidi.
Beliau maklumkan pada saya, Rusyaidi salah seorang dari 9pelajar yang telah dibelasah beramai2 dalam bilik yang gelap oleh Senior F4 dan F5.
Allahu Akhbar memang rasa nak hilang nyawa.
Yang buat hati ni remuk, kejadian buli tue berlaku pada 16Mei 2022 jam 1pagi. Anak2 yang kena buli tue semua pakat remain silent tak info pada parents masing.
1 sebab diugut oleh senior. Pada 16Mei 2022 waktu petang, anak yg dibuli masih bole friendly futsal dan menang.
Rusyaidi ada whatsapp mamanya pasal kemenangan tue, tapi sangat kesal sepatah kata dia tak sebut pasal dibelasah tue, dalam gambar memasing senyum sambil menahan kesakitan.
17 atau 18Mei 2022 (jika tak silap)
Ada seorang hamba Allah membuat laporan pada warden tentang pelajar dibuli, ada mengambil gambar kesan lebam2 di badan anak2…
Sekali lagi kami parents2 sangat2 kecewa kerana warden ambil langkah BODOH dengan meminta anak2 tidak inform pada parents…pihak sekolah nak settle dalaman katanya.
Tapi hampeh, anak2 langsung tidak dibawa ke hospital untuk rawatan. Polis hanya datang menasihati pembuli dan meminta pembuli memohon maaf.
Adilkah ? Kesakitan physical anak dibiarkan rawat sendiri, kesakitan mental, trauma macam mana ? Pihak Maktab ada ambil kisah ke tak ?
19Mei 2022 (sambung)
Tak tunggu lama terus beritahu ayahnya yg Rusyaidi kena belasah dengan senior. Silap besar pembuli petik anak polis, memang tak tunggu2 dah, terus terjah Maktab ambil Rusyaidi bawa pergi balai berdekatan buat laporan polis.
Tindakan ni la, 8 pelajar lain terus berani nak follow buat laporan polis, berani buka cerita. Ayahnya dapat bersemuka la dengan pembuli2 tue dan Alhamdulillah kerjasama yang baik antara polis dengan polis, pembuli dah ditangkap masuk lokap.
Alhamdulillah laporan doctor hanya soft tissue injured, x ray pula tiada yang retak2…
20Mei 2022
Disebabkan lambat bertindak, mmg kesan lebam hampir memudar, cuma sakit masih berbaki, bangun subuh tadi terus demam panas, lama menahan sakit di asrama…
Dan paling susah sekali nak hilang TRAUMA…apa tindakan Maktab untuk anak2 yang TRAUMA ni…?
Apa tindakan Maktab untuk pembuli ni ? Kami parents nak kan keadilan buat anak2 kami yang jadi mangsa buli. Kami nak hapuskan buli2 dari muka bumi.
Doakan kami parents2 yang anak teraniaya ni mendapat keadilan yang setimpal…pembuli pulak WAJIB dibuang dari Maktab…
Bersamala kita banteras gejala buli2 ni…sedih taw…baru sekolah belom setahun, merata kes buli…tup kena pada anak sendiri pula…Ya Allah sedih taw…memang tak dapat bayang rasa sakit tue…
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
Sumber FB Ummu Rusyaidi Razi