Semasa

Kegembiraan HariRaya Bertukar Duka, Hanya Beza Setengah Hari Hilang lbu dan Ayah Pada SyawaI Kedua. Salam Takziah Buat Keluarga

SUNGAI PETANI: Kegembiraan sebuah keluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri bertukar episod sedih apabila ibu bapa mereka meninggal dunia hanya selang 12 jam ketika umat Islam sedang bergembira menyambut hari raya.

Farahana Mohd Fakri, 28 berkata, ibunya, Norsah Chik, 59, meninggal dunia selepas disahkan mengidap kanser usus tahap empat di rumah mereka di Guar Chempedak,dekat sini, kira-kira 8.50 pagi pada 3 Mei 2022.

Farahana memberitahu, arwah bapanya, Mohd Fakri Abdullah, 60, pula meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, kira-kira 8.50 malam pada hari sama.

“Walaupun sedih dengan pemergian dua insan tercinta dalam hidup kami, saya dan dua adik perempuan tetap reda dengan ketentuan Illahi.

“Pada malam sebelum pemergian arwah ibu, adik masuk ke bilik tidur seperti biasa dan mendapati arwah sudah dalam keadaan lemah dan berbaring dengan kakinya menghadap kiblat.

“Jadi, kami bertiga membaca surah Yasin sehinggalah arwah akhirnya menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga,” katanya.

Selepas itu, dia kemudiannya dihubungi doktor yang memintanya datang segera ke hospital kerana keadaan bapa sudah nazak yang ketika itu sibuk menguruskan jenazah ibu.

Katanya, sempat meminta maaf kepada bapa serta turut memberitahunya bahawa ibu sudah meninggal dunia walaupun bapa ketika itu sudah tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia selang 12 jam selepas pemergian ibu.

Katanya, arwah ibu bapanya tidak meninggalkan sebarang pesanan kepada dia dan dua adik beradik perempuannya namun pemergian mereka membuka mata supaya tidak menanguhkan masa untuk meraikan mereka.

“Saya telah beli cadar dan langsir baharu untuk dihias di rumah ayah, malah kami adik beradik janji dengan ayah untuk keluar bersama-sama untuk membeli baju raya dan memberi hadiah sempena ulang tahun kelahirannya namun tidak kesampaian.

“Jadi, saya nasihat sesiapa yang hendak hadiahkan apa-apa kepada keluarga supaya tidak menangguhkannya. Jikalau tidak cukup wang sekalipun, cukup raikan secara sederhana,” katanya.

Bagaimanapun, mereka reda kehilangan dua insan tercinta pada hari sama dengan selang 12 jam sahaja malah turut kebumikan bersebelahan meskipun telah berpisah pada 2018.

Jenazah Allahyarhamah Norsah dikebumi selepas solat Asar di tanah perkuburan Islam Kampung Kolam, Guar Chempedak pada Selasa, manakala jenazah Allahyarham Mohd Fakri dikebumikan pada 12.10 tengah malam di lokasi sama.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber SH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *