Semasa

Warga Myanmar Mencuba Culik Kanak-Kanak Empat Tahun Dapat Ditahan

“Turut dirampas bersama suspek ialah sehelai kain lampin berwarna putih dipercayai digunakan untuk menutup kepala mangsa,” katanya

KUANTAN – Seorang lelaki warga Myanmar ditahan selepas dipercayai cuba menculik kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang bermain di hadapan rumahnya di Batu Tiga, Jalan Gambang di sini.

TONTON RAKAMAN VIDEO YANG BERKAITAN ADA DIBAWAH SEKALI

Dalam kejadian jam 9 pagi Ahad, suspek yang berusia 30 tahun berjaya ditahan di tepi jalan berdekatan Pusat Dagangan Batu 3 di sini oleh orang awam selepas melihat bapa mangsa mengejar lelaki terbabit.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 363/511 atas cubaan melarikan orang dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri.

Sebelum itu, Wan Zahari memaklumkan bapa mangsa yang merupakan seorang penjual ketam nipah membuat laporan polis berkaitan kejadian.

Jelasnya, berdasarkan laporan diterima, kejadian berlaku ketika mangsa bermain pasir di hadapan rumah manakala ibunya pula menyiram pokok bunga di halaman.

Tambahnya, bapa mangsa mendengar bunyi jeritan isterinya yang mengatakan anak bongsu mereka dilarikan seorang lelaki tidak dikenali.

“Susulan itu, bapa mangsa bertindak mengejar suspek.

“Dengan bantuan orang ramai, suspek ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis untuk tangkapan semula,” katanya.

Sehubungan itu, Wan Zahari menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga keselamatan ahli keluarga dan peka terhadap kawasan sekeliling bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber : Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *