‘Kahwin muda’ sememangnya bukan lagi asing dalam kehidupan masyarakat kita. Walaupun ia jarang berlaku, namun masih ramai yang mempunyai pengalaman dalam berhadapan dengan situasi tersebut.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Ada di antara mereka sudah pun menggalas tugas sebagai seorang isteri serta ibu walaupun masih lagi belum menghabiskan zaman persekolahan.
Akan tetapi, tugas sebagai isteri dan ibu bukanlah suatu tugas yang ringan lebih-lebih lagi jika masih bergelar pelajar sekolah.
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @leaarissaa apabila tertidur di dalam kelas kerana penat menjaga anaknya berusia 3 bulan pada waktu malam.
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet. Walaupun ada diantara mereka mempertikaikan kembali keputusan untuk mempunyai anak pada usia yang sangat muda, namun masih ada yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Mereka juga mengakui tugas sebagai seorang ibu dan dalam pada masa yang sama adalah seorang pelajar bukan satu perkara yang mudah untuk dijalani serentak serta memerlukan kekuatan yang tinggi untuk melaluinya.
“Jodoh, ajal, rezeki di tangan Allah. Kita tak perlu la hukum budak tu. Mungkin semua itu takdir baginya. Alhamdulillah dia masih ada hasrat nak tuntut ilmu utk ubah masa depan je satu hari nnt.” – Hang Jebat
“Alhamdulillah.. moga d permudahkan hidup dunia akhirat.. Allah bg kamu jodoh awal mungkin nk jauhkan dr kejahatan zina.. Maklum la usia muda ni nakal.. x semua tahu rancangan Allah” – Acong
“semoga anak kecil itu menjadi pembakar semangat untuk ibu muda belajar dengan lebih gigih. semoga segala urusanmu dipermudahkan dik” – Norhana
Dikecam oleh netizen :
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
Tonton Video Tersebut : SILA KLIK DI SINI
Sumber: Ohmymedia, TikTok @leaarissaa