Cara Buat Aduan Jika Parcel Anda ‘Diperam’ Atau Hilang. Ketahui Hak Anda!
Ketika ini, ramai orang lebih gemar membeli-belah secara atas talian kerana harganya yang lebih murah dan mudah. Tinggal buat pesanan dan tunggu sampai di rumah.
Akan tetapi, perkara yang membuatkan ramai pembeli berasa berang apabila barangan mereka tidak sampai dan ‘diperam’ lama oleh syarikat kurier. Adakah anda tahu bahawa anda boleh membuat aduan jika barang yang dipos tiba lewat dari masa ditetapkan?
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @anisssurayaaa telah berkongsi langkah-langkah untuk membuat aduan jika barang anda ‘diperam’ lama oleh syarikat kurier. Caranya mudah sahaja, jom ikuti perkongsian Anis di bawah ini!
1. Layari laman sesawang SKMM
Anda yang mahu membuat aduan bolehlah layari laman sesawang ini dan klik pada aduan baru. Kemudian, anda isi sahaja semua maklumat yang diminta bagi jenis perkhidmatan dan juga kategori, letakkan perkhidmatan kurier.
2. Maklumat pengadu
Selesai isi maklumat berkaitan kurier yang bermasalah, pastikan anda isi maklumat anda untuk tindakan lanjut.
3. Maklumat aduan
Pastikan anda menulis semua permasalahan dan juga apa yang anda tidak puas hati dengan perkhidmatan kurier yang anda gunakan.
4. Lokasi masalah
Isikan alamat atau kawasan rumah anda untuk memudahkan semakan berhubung isu yang diadukan.
5. Muat naik bukti
Anda boleh muat naik tangkap layar tracking barang anda ataupun kalau ada audio perbualan bersama customer service kurier itu juga boleh dimuat naik. Kemudian, hantar aduan anda.
Mesti ada daripada anda yang baru tahu boleh membuat aduan jika barangan anda hilang, bukan. Ikuti langkah-langkah yang telah dinyatakan agar anda mendapatkan hak anda kembali.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
sumber : thevocket,@anisssurayaaa