Semasa

Rakaman Nahas, Motosikal Langgar Tong Sampah PBT Di Bahu Jalan, Wanita Maut Di Tempat Kejadian

KLANG – Seorang pekerja restoran maut manakala rakannya cedera selepas motosikal ditunggang melanggar sebuah tong sampah di tepi Jalan Kampung Delek di sini, pada Isnin.

TONTON RAKAMAN VIDEO KEJADIAN ADA DI BAWAH

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian kira-kira jam 7.40 petang itu berlaku ketika penunggang terbabit Nurul Fazira Abdullah, 21, bersama rakannya dalam perjalanan dari arah jalan Sungai Udang menghala ke Kampung Delek.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa dan rakannya telah berlanggar dengan tong sampah milik pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berada di bahu sebelah kiri jalan.

“Mangsa (Nurul Fazira) tidak dapat mengawal motosikal jenis Modenas ditunggangnya sebelum terbabas,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pembonceng perempuan berusia 13 tahun dilapor mengalami kecederaan di tangan dan telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Katanya, kemalangan itu mengakibatkan kerosakan di bahagian hadapan motosikal mangsa.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian terbabit boleh hubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Mohd Yunos Abd Rahim di talian 011-25300305,” katanya.

Pada Selasa, tular di media sosial rakaman video berdurasi 36 saat berkenaan insiden terbabit.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber SH dan Media Sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *