Semasa

Terkejut Ada Manusia Hidup Dalam Timbunan Samph, Rasa Syukur Dengan Kehidupan Sekarang

PENGALAMAN berada di perkampungan sampah yang terletak di Sandakan, Sabah membuatkan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz lebih menginsafi diri dan tahu erti bersyukur.

Aliff yang berada di sana bagi menjalani penggambaran telemovie Sekolah Sampah juga terkejut apabila pertama kali melihat kewujudan sebenar kediaman dalam sebuah kawasan timbunan sampah yang besar.

“Saya datang ke lokasi dan kemudian pulang ke hotel selepas selesai penggambaran. Bayangkan kehidupan mereka yang tinggal di sana. Memang terkejut apabila melihat keadaan sebegitu wujud.

“Berada di sana membuatkan saya insaf kerana ada orang yang hidup susah begitu. Ia juga jadikan saya lebih bersyukur dengan kehidupan yang dimiliki,” katanya kepada mStar.

Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Aziz, 31, berkongsi pengalaman tersebut ketika sidang media drama Sekolah Sampah yang dijalankan secara atas talian pada Rabu.

Ebi (kanan), merasa senang diberi kepercayaan sebagai pengarah.

“Cerita ini amat dekat dengan hati saya kerana saya sendiri membesar di kawasan yang serba kekurangan. Saya tahu perasaan mereka dan tidak ada masalah untuk menghidupkan jalan cerita.

“Cabaran utama ketika penggambaran adalah perlu ‘bermain’dengan sampah dan jalan di sekitar kawasan tersebut juga membuatkan kru dan pelakon mudah letih,” ujarnya.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *