BAITULMAQDIS – Israel menghalang laungan azan Isyak pada Selasa lalu di Masjid Al-Aqsa selepas penduduk Palestin menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Isnin lepas.

TONTON RAKAMAN VIDEO DIBAWAH SEKALI
Menurut Saudi Press Agency (SPA) pada Rabu, sumber-sumber Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis menyatakan tentera penjajah melarang laungan azan itu atas arahan penjajah rejim Zionis.
Sumber-sumber Palestin menyatakan tentera penjajah bertindak memutuskan talian pembesar suara di masjid itu atas permintaan pihak penjajah Israel.
Tentera rejim Zionis itu melakukan perbuatan tersebut dengan alasan bahawa Perdana Menteri Israel, Naftali Bennet sedang menyampaikan ucapan di Tembok Buraq (Tembok Barat) iaitu sebuah tembok batu kapur purba di Kota Lama Baitulmaqdis.
Sebagai tindak balas, gerakan Jihad Islam di Palestin dan Suruhanjaya Antarabangsa Menyokong Hak Rakyat Palestin (Hashd) mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan Israel itu.
KOMEN NETIZEN :
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan
Share Ya. Terima Kasih!
RAKAMAN VIDEO :
KEKEJAMAN ISRAEL | Tentera Israel Halang Laungan Azan Isyak Di Masjid Al-Aqsa pic.twitter.com/2Vdn4WKXVw
— video rendom (@NEhlart) May 5, 2022
Sumber- Agensi / Sinar