Semasa

“Genggam Erat Tangan Madu..”- Datin Red Ucap Terima Kasih Pada Adira ‘Ada Dikala Suka dan Duka’

Kehilangan ibu tersayang merupakan perkara yang sangat menyakitkan. Itulah yang dirasai oleh Datin Red iaitu madu kepada Adira Suhaimi yang baru sahaja kehilangan ibu tersayang.

Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram Datin Red, madu kepada Adira Suhaimi itu meluahkan rasa sayu mengenai pemergian ibunda tercinta. Selain mengucapkan terima kasih buat adik beradik, saudara-mara, suami serta madunya yang sentiasa ada dikala suka dan duka.

“Pemergian yang tiada ganti… terputus laa doa seorang ibu untuk anak-anaknya

terima kasih kepada semua adik-beradik, saudara-mara, suami & madu yang ada ketika suka dan duka

Terima kasih juga pada yang menziarah, yang mengucapkan takziah, yang mendoakan & yang menyempurnakan hingga selesai kebumian bonda saya.”- Tulisnya.

Hasil perkahwinan, Adira dan Datuk Red, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, termasuk puteri yang baharu sahaja dilahirkan dua bulan lalu.

Perkahwinan Datuk Red bersama Datin Red atau nama sebenarnya, Sharifah Norshafila Hassim mempunyai lima orang cahaya mata.

Datuk Red juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 20 dan 15 tahun.

Secara keseluruhan, Datuk Red mempunyai 10 orang anak bagi semua perkahwinannya.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: IG datin_red

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *