Semasa

VIRAL’ Gelar Budak TikTok Ikon Permotoran Belia, Wan Fayhsal Teruk Dikecam Netizen

Perkongsian Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal sejak semalam telah tular di media sosial apabila memuat naik pertemuannya dengan seorang TikTokers yang dikenali sebagai Haqiem Stopa.

Wan Fayhsal telah mendapat kecaman di laman sosialnya selepas menggunakan gelaran ‘ikon permotoran belia’ kepada TikTokers yang sering membuat konten berkenaan permotoran di TikTok.

Dalam perkongsian yang dibuat timbalan menteri itu, beliau telah menzahirkan rasa kagum dengan anak muda berusia 22 tahun terbabit dengan menggunakan gelaran ‘ikon permotoran belia’ kepadanya.

Hal tersebut susulan rasa terharunya apabila mendengar keinginan pemuda tersebut yang mahu menggunakan popularitinya sebagai platform untuk menyatupadukan belia di negara ini.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai pandangan dan komen negatif telah diterima olehnya kerana ada segelintir netizen merasakan TikTokers tersebut tidak layak menerima jolokan seperti itu.

Mereka juga menyelar tindakan Wan Fayhsal dengan menganggap ia adalah satu langkah ‘kurang bijak’  kerana ramai lagi individu muda berpengaruh mampu melakukan hal sama dan layak mendapat jolokan seperti itu.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Facebook Wan Ahmad Fayhsal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *