Semasa

Memandu Secara Melulu Dan Merbahaya, Akhirnya Dua Pemandu Kereta Terima Padah, Punca Berlumba Sangat Mengejutkan

Seremban: Satu rakaman tular memaparkan dua kenderaan beraksi umpama aksi dalam filem apabila berkejaran dan ‘mencilok’ kenderaan lain di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) antara Kilometer (KM) 269 hingga KM 238 arah selatan, 1 Mei lalu.

TONTON RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Bagaimanapun, tindakan berani mereka hanya sia-sia apabila kedua-duanya kini ditahan polis selepas tampil menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya mengesan satu rakaman tular pada 8 malam 1 Mei lalu memaparkan kejadian kereta Audi A4 dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish yang dipandu secara melulu dan berbahaya.

“Suspek pertama hadir menyerah diri 9 malam 2 Mei manakala suspek kedua iaitu pemandu Toyota Wish pula hadir serah diri kira-kira 6.45 petang hari ini.

“Kedua-dua suspek bersama kenderaan ditahan untuk membantu siasatan,” katanya.

Nanda berkata, hasil siasatan awal mendapati punca sebenar kejadian adalah disebabkan pemandu Audi A4 yang bekerja sebagai penarik kereta hendak menarik Toyota Wish yang dikatakan mempunyai hutang tertunggak selama beberapa bulan.

“Namun pemandu Toyota Wish enggan berhenti dan mengakibatkan berlakunya ketidakpuasan hati dan insiden itu berlaku antara kedua-dua suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Click Disini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan

Share Ya. Terima Kasih!

RAKAMAN VIDEO :

Sumber HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *